Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Maybank memperkenalkan ciri pengesahan Secure2U menerusi aplikasi MAE pada April tahun lalu. Dengan ciri pengesahan ini, sebarang transaksi boleh dilakukan dengan pantas tanpa memerlukan pengesahan nombor tag lagi .

Artikel Berkaitan:

Menerusi laman rasmi Maybank, mereka mengatakan ciri pengaktifan Secure2U baharu akan hanya boleh dilakukan menerusi Aplikasi MAE sahaja bermula 26 September kelak. Selepas ini, ciri Secure2U tidak boleh dilakukan menerusi aplikasi M2U MY.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: Twitter

Bagaimanapun, perubahan ini hanya berlaku untuk pengaktifan pada peranti baharu sahaja. Sekiranya anda sudah pun melakukan pengaktifan pada peranti anda menggunakan aplikasi M2U MY sebelum ini, anda boleh kekal menggunakan ciri mengesahkan transaksi seperti biasa.

Dalam masa yang sama, bermula 8 Oktober ini juga pengaktifan Secure2U akan mengambil tempoh selama 12 jam sebelum diaktifkan pada peranti berbeza. Anda diminta menghebahkan informasi ini agar lebih ramai cakna dengan perubahan ciri pegaktifan Secure2U pada masa kelak.