Sejak berlakunya pandemik, majoriti urusan seharian sudah boleh diselesaikan secara dalam talian sahaja. Hal ini dapat menggurangkan kontak rapat dan lebih mudah buat para pengguna. Kini anda juga berpeluang mengetahui cara perbaharui lesen secara online yang boleh dibuat melalui laman MyEG.

MyEG merupakan sebuah laman web yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti semakan saman, pembaharuan insuran dan juga urusan perbaharui lesen. Mari ikuti tutorial cara perbaharui lesen secara online melalui laman MyEG.

1. Lawati portal rasmi MyEG dengan klik di sini.

2. Daftarkan sebagai pengguna MyEG jika anda baru pertama kali menggunakan portal ini dengan klik pada Log in dan tekan Create Account.

cara perbaharui lesen online
Sumber Gambar: laman MyEG

3. Kemudian, log masuk menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan. Selepas sudah berjaya masuk, barulah klik pada petak menu Jabatan Pengangkutan Jalan yang berada di petak pertama sekali.

cara perbaharui lesen online
Sumber Gambar: Laman MyEG

4. Klik pula pada bahagian tertera Driving License Renewal/Perbaharui Lesen Memandu (CDL).

cara perbaharui lesen online
Sumber Gambar: Laman MyEG

5. Anda perlu baca CDL Aplication Terms – syarat permohonan CDL yang disenaraikan terlebih dahulu lalu skrol ke bawah untuk meneruskan urusan dengan klik di Proceed/Teruskan.

cara perbaharui lesen online
Sumber Gambar: Laman MyEG

6. Pada bahagian User Info/Maklumat Pengguna ini, anda perlu mengisi kesemua ruangan dengan maklumat yang tepat. Untuk ‘Kaedah Pengambilan’ boleh pilih Penghantaran yang memang tersedia satu sahaja. Anda boleh klik pada Proceed/Teruskan pada sebuah pop up menu yang dipaparkan untuk sahkan semua maklumat adalah tepat.

Sumber Gambar: Laman MyEG

7. Seterusnya, maklumat pengguna yang diisi bakal dipaparkan kepada anda. Skrol ke bawah untuk mengetahui jumlah bayaran keseluruhan bayaran. Lalu, klik Proceed/Teruskan untuk ke proses berikutannya.

Sumber Gambar: Laman MyEG

8. Di bahagian CDL Application Terms – Syarat Permohonan CDL, halaman ini bakal memaparkan lesen yang bakal dicetak. Terdapat dua pilihan sama ada mengakui semua maklumat benar atau akui terdapat kesalahan dalam maklumat yang dipaparkan. Tandakan pada pilihan pertama jika semua maklumat tepat dan klik Proceed/Teruskan.

Sumber Gambar: Laman MyEG

9. Halaman berikutnya pula bakal memaparkan dua pilihan cara pembayaran yang boleh dibuat oleh pengguna. Anda boleh pilih mana-mana kaedah pilihan bayaran yang bersesuaian mengikut keselesaan masing-masing. Anda boleh pilih Other Payments jika anda ingin membayar melalui perbankan dalam talian FPX dan melalui kad kredit.

Sumber Gambar: Laman MyEG

10. Pilih kaedah pembayaran sama ada kad kredit atau perbankan FPX. Anda turut diminta membenarkan mesej pop up terlebih dahulu pada tetapan browser yang digunakan.

Sumber Gambar: Laman MyEG

11. Tandakan untuk bersetuju dengan syarat yang ditetapkan dan tekan pada pilihan yang sama.

12. Pilih bank anda dan masukkan alamat elemet yang digunakan lalu klik pada Submit. Anda bakal dibawa ke laman bank anda dan hanya perlu teruskan transaksi sepeti biasa.

13. Selepas sudah selesai kesemuanya langkah tersebut, anda boleh semakan status permohonan dan penghantaran di sini.

Anda diingatkan untuk berada di lokasi penghantaran semasa penghantaran berlaku supaya semua urusan penerimaan boleh berjalan dengan lancar. Hal ini kerana penghantar akan meminta kad pengenalan untuk pengesahan sebelum kad tersebut diserahkan kepada anda. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh empat ke lima hari sahaja.

Selain itu, anda juga boleh mempelajari cara menggantikan MyKad yang rosak atau hilang secara online sahaja dengan klik pautan di bawah.

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Ganti MyKad Rosak Atau Hilang Secara Online

Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian

Sumber