Syarikat Netflix kini mengalami kemerosotan nilai stok saham yang teruk serta kehilangan sejumlah pelanggan yang besar pada saban hari. Antara usaha yang dilakukan untuk kembali menjadi kompetitif adalah dengan memperkenalkan harga pakej yang murah tetapi bersama iklan padanya.

Menerusi laporan dari Times, pekerja Netflix mengatakan pengawai eksekutif Netflix mensasarkan untuk memperkenalkan pengiklanan dalam tiga bulan terakhir tahun 2022. Selain itu, pihak Netflix juga sedang dalam usaha membanteras kegiatan perkongsian kata laluan di kalangan pengguna platformnya.

Sumber Gambar: TIME

Syarikat Netflix juga dilihat mengikuti pendekatan platform penstriman di dalam pasaran hari ini juga menawarkan iklan kecuali Apple TV Plus. Malah, dengan memberi tumpuan baharunya pada perkongsian kata laluan dikatakan menjadi usaha untuk Netflix menambah sekitar 10 juta atau 20 juta pelanggan di Amerika Syarikat.

Segala perubahan ini berlaku oleh disebabkan harga langganan Netflix yang lebih mahal berbanding sebelumnya. Bahkan, pihak pesaing juga dilihat lebih berjaya dengan mengadaptasi pendekatan iklan bersama pakej yang lebih murah.

Dalam pada itu, pihak GSC juga dijangka bakal memperkenalkan perkhidmatan penstriman filem tersendiri yang boleh diakses menerusi aplikasi sahaja.

GSC Bakal Perkenalkan Perkhidmatan Penstriman Yang Dikenali Sebagai GSC Now

Pelanggan Astro Berpeluang Akses Disney+ Hotstar Secara Terus Pada Ultra Box Bermula 28 April Ini