Perkhidmatan penstriman sudah menjadi pilihan pengguna masa kini yang mahukan akses  hiburan di hujung jari sahaja. Platform penstriman seperti Netflix, Disney+, HBO Go dan banyak lagi sedia ditawarkan buat pasaran tempatan.

Terkini, GSC nampaknya mahu mengambil peluang untuk menawarkan perkhidmatan penstriman tersendiri menerusi kerjasama dengan pihak GetPlay. Perkhidmatan ini dinamakan sebagai GSC Now dan pihak GSC mengatakan ia bakal membolehkan pengguna menstrim kandungan kegemaran melalui peranti pintar kegemaran mereka.

Sumber Gambar: Aplikasi GSC

Buat masa ini, pihak GSC telah menambah tab khusus pada aplikasi mudah alih mereka namun masih belum menyediakan servisnya lagi. Info penuh masih belum dikongsikan oleh pihak GSC.

Sementara aplikasi GetPlay, ia juga menyediakan tab khas yang dinamakan GSC Now dengan paparan sejumlah filem popular seperti Kungfu Yoga, CZ12, The Last Witch Hunter dan banyak lagi.

Untuk menstrim sesuatu filem menerusinya, anda perlu membeli 10 tiket pada harga RM5 dan menggunakan tiket tersebut untuk menonton filem. Selain filem berbayar, platform ini masih menyediakan konten secara percuma yang boleh ditonton oleh pengguna.

Setakat ini, pihak GSC tidak menyatakan lagi bilakah pelancaran rasmi GSC Now akan dibuat. Sama-sama kita nantikan kemunculan platform penstriman terbaharu yang bakal dilancarkan oleh pihak GSC kelak. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton filem kegemaran di platform itu tanpa perlu pergi ke panggung wayang secara fizikal lagi.

Selain itu, tahukah anda akan kehadiran Rompak yang bakal muncul sebagai filem pertama Asia Tenggara yang menawarkan NFT menerusinya?

‘Rompak’ Bakal Muncul Sebagai Filem Pertama Asia Tenggara Yang Menawarkan NFT

JDT Bakal Umumkan Projek NFT Menarik Khusus Buat Para Peminat Pada Tahun Ini

Sumber