Sudah hampir setahun platform penstriman Disney+ Hotstar ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Akhirnya, kini Disney+ Hotstar boleh distrim secara terus melalui kotak TV Ultra Box bermula 28 April kelak.

Ciri ini sudah lama dinantikan oleh pengguna TV Ultra Box yang mana dahulunya hanya boleh menstrim kandungan Netflix sahaja dan terpaksa menggunakan peranti tambahan untuk mengakses aplikasi Disney+ Hotstar.

Sumber Gambar: Astro

Untuk permulaan, hanya pelanggan Movie Pack berserta Ultra Box sahaja yang akan dapat menggunakan ciri ini dan bakal diberikan kepada Ulti Box dalam masa terdekat ini. Sementera untuk pelanggan Base Primary Pack pula boleh mendapatkan utiliti ini dengan menambah pek filem berharga RM35 sebulan ke dalam pelan sedia ada mereka.

Ini sebenarnya merupakan sebuah lagi penawaran yang dinikmati berkas pelanggan pek Disney+ Hotstar yang ditawarkan Astro sejak tahun lalu lagi. Untuk maklumat lanjut tentang pakej serta terma dan syarat bolehlah kunjungi ke laman rasmi Astro.

Selain itu, Netflix dilaporkan bakal pertimbangkan pelan langganan dengan harga lebih murah bersama dengan iklan untuk menarik lebih ramai pengguna.

Netflix Sedia Pertimbangkan Pelan Langganan Lebih Murah Tetapi Ada Iklan

Ekoran Salah Guna Akaun, Netflix Bakal Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi