Jika sebelum ini pelanggan Astro sering menghadapi masalah siaran yang sering tergendala terutamanya waktu hujan, kini Astro telahpun menyelesaikan masalah tersebut bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih baik.

Pihak Astro dilaporkan telah melancarkan Ultra Plug & Play Box di mana hanya memerlukan sambungan internet untuk menikmati kandungan yang ditawarkan oleh Astro. Selain itu, pelanggan masih berpeluang menikmati tontonan kandungan pada resolusi 4K, menstrim Video on Demand dan fungsi storan secara cloud.

vocket-tech-news-astro-1
Sumber Gambar: Astro

Pelanggan disyorkan mempunyai sambungan internet dengan kelajuan 30 Mbps bagi mendapatkan perkhidmatan siaran yang baik. Sambungan internet boleh dilakukan sama ada melalui WiFi atau kabel ethernet.

Pekhidmatan Astro Ultra Plug & Play Box telah ditawarkan pada harga serendah RM49 sebulan melalui pakej Starter Pack dengan kontrak selama 24 bulan. Astro juga turut menawarkan pakej Super Pack Lite pada harga serendah RM96 sebulan dengan kelajuan internet pada 100 Mbps.

Sekiranya anda berminat dengan penawaran terbaru oleh pihak Astro, boleh klik di pautan ini bagi keterangan lanjut. Pakej ini dilihat sangat berbaloi kepada mereka yang sering menonton konten di kaca TV.

Ketahui perbezaan platform penstriman yang ditawarkan oleh Astro antara Disney+ Hotstar serta Netflix yang bakal hadir tidak lama lagi.

Kelebihan, Kekurangan Dan Perbezaan Antara Netflix, HBO Go Dan Disney+ Hotstar

Telekom Malaysia Dilaporkan Sedia Bekerjasama Dengan Platform Penstriman Video

Sumber