Penggunaan skuter elektrik atau e-skuter boleh dilihat menerima peningkatan pengguna lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Malah, kelajuan skuter elektrik pada hari ini sudah hampir menyamai motorsikal sekaligus perlu dipantau oleh pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan setiap pengguna jalan raya boleh terjamin.

Menerusi laporan terbaharu, Menteri Pengangkutan telah memaklumkan bahawa sebuah peraturan berhubung penggunaan skuter elektrik atau e-skuter akan diputuskan tidak lama lagi. Hal ini termasuklah berkaitan pelaksanaan lesen terhadap pengguna e-skuter dan juga pembekal kenderaan berkenaan.

Sumber Gambar: Malaysia Chinese Association

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata penggunaan e-skuter kini semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat yang memerlukan penyelesaian sewajarnya untuk menggelakkan pengguna terdedah kepada risiko nahas memandangkan kelajuannya seperti motosikal.

Selain itu, beliau menambah lagi sebuah kaedah dan undang-undang kecil untuk dipatuhi akan dikeluarkan termasuk menyediakan lesen khusus mengikut kelajuan tertentu. Pada hari ini, pengguna skuter sebenarnya tertakluk dibawah Akta 333 yang merangkumi kenderaan mikro mobiliti.

Ini juga boleh ditakrifkan sebagai kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik dan mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer. Dengan pelaksanaan ini juga, anda mungkin tidak boleh menggunakan perkhidmatan e-skuter seperti Beam dengan sewenang-wenangnya selepas ini.

Sementara itu, hasil kolaborasi First Ambulance dan YTL Comm berjaya menghasilkan ambulans pintar yang serba canggih buat pertama kali di Malaysia.

First Ambulance Bersama YTL Comm Lancarkan Ambulans Pintar 5G Buat Kali Pertama Di Malaysia

Dihasilkan Anak Tempatan, Robot Pembersihan Lantai Ini Sedia Digunakan Hospital Di Malaysia