Skuter elektrik merupakan antara pilihan pengangkutan yang digunakan oleh sebahagian pengguna jalan raya di dunia. Skuter elektrik dilihat sebagai alternatif yang lebih mampu milik dan mudah dijaga berbanding pengangkutan lain.

Namun begitu, bukan semua skuter elektrik menawarkan ciri keselamatan serta ketahanan yang lama. Mengetahui dengan isu yang berlaku, syarikat Unagi tampil menyelesaikan masalah berkenaan dengan pengenalan barisan skuter elektrik premium mereka.

Unagi

skuter elektrik
Sumber Gambar: Indiegogo

Syarikat Unagi merupakan sebuah startup berpangkalan di Amerika Syarikat yang menfokuskan penghasilan skuter elektrik premium untuk menjimatkan kos serta kemudahan bergerak dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Skuter elektrik yang dihasilkan telah menerusi pelbagai penyelidikan termasuklah pemilihan rekaan, bahan binaan dan juga kejuruteraan di sebalik skuter tersebut.

Sumber Gambar: Indiegogo

Skuter Unagi turut menerima pujian besar oleh umum menerusi pengenalan model pertamanya iaitu Model One. Model One telah berjaya menerima sambutan meriah oleh penguna menerusi platform Indiegogo. Hal ini telah menjadi pencetus kepada syarikat tersebut untuk menghasilkan skuter elektrik yang lebih berkuasa selepas itu.

Model Eleven

Model Eleven hadir dengan rekaan sleek bersama beberapa fungsi berteknologi tinggi yang cukup lengkap untuk mengharungi perjalanan seharian dengan lancar. Bahan binaan yang diperbuat daripada komposit karbon fiber telah menjadikannya lebih ringan serta tampak lebih menarik.

Skuter ini juga boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan di ruang yang kecil. Sistem suspensi yang telah dinaik taraf dilihat lebih fleksibel untuk mengharungi sebarang permukaan jalan di bandar dengan lancar. Sementara di bahagian atas skuter dek ini terdapat ruangan bateri yang boleh diakses dengan mudah untuk penggantian bateri tambahan yang berkapasiti 9,700mAh.

Skuter elektrik
Sumber Gambar: Youtube
skuter elektrik
Sumber Gambar: Indiegogo

Tayar bersaiz 9-inci berasaskan teknologi airless yang kalis pancit sekaligus boleh digunakan pada tempoh yang panjang. Model ini turut hadir dengan sistem penggantian tayar yang lebih mudah berbanding sebelum ini. Dari segi kelajuan pula, skuter ini mampu mencecah sehingga 32km/j malah boleh melangkau jarak perjalanan mencecah 24KM.

Menariknya, skuter ini dilengkapi sistem keselamatan aktif ADAS yang kebiasaannya terdapat pada kereta. Pengguna akan diberikan amaran awal setiap kali sensor mengesan sebarang halangan di hadapan menerusi integrasi sistem audio berserta visual menerusi skrin paparan pada handle bar.

Sumber Gambar: Indiegogo

Selain itu, sistem audio telah diintegrasi bersama Google yang berkebolehan memberikan panduan dengan suara ke suatu lokasi dengan mudah dan semua ini boleh dibuat menerusi aplikasi Unagi. Ditambah pula ciri keselamatan di mana terdapat sensor gerakan dan penggera untuk menghalang kecurian.

Untuk menambahkan lagi ciri keselamatan yang lebih efektif, ianya ditambah fungsi penjejak GPS dan sistem kawalan engin daripada jauh. Pengguna bukan hanya boleh mengesan lokasi sebenar skuter menerusi aplikasi Unagi sahaja, malahan boleh mematikan engin skuter tersebut secara langsung. Pengguna turut berpeluang menikmati musik sewaktu penunggangan.

Sumber Gambar: Design week

Menerusi pelbagai penawaran teknologi bersama rekaan yang menarik sudah pasti didatangkan dengan harga yang agak premium bagi sebuah skuter elektrik. Harga tempahan untuk model ini bermula daripada $1,540 (~RM6,453) untuk model tanpa bantuan sistem ADAS manakala $1,690 (~RM7,081) untuk model yang dilengkapi dengan sistem ADAS berserta aksesori tambahan.

Walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi, terdapat sebahagian peminat yang beranggapan ianya sebuah skuter elektrik yang serba lengkap dan dikira berbaloi untuk didapatkan. Malah, skuter ini juga sudah pasti boleh digunakan untuk jangka masa panjang oleh pengguna.

Kini motosikal elektrik juga menjadi pilihan pengguna untuk pengangkutan harian di kawasan bandar.

Super Soco TC Max, Motosikal Elektrik Dengan Rekaan Elegan Dan Praktikal Untuk Kegunaan Harian

Super73, Basikal Elektrik Persis Rekaan ‘Motorcross’ Yang Kompak Dan Tahan Lasak