Isu kekurangan cip di peringkat global teleh memberi impak besar kepada pelbagai industri di dunia. Antara industri utama yang turut terjejas adalah pembuatan kenderaan elektrik yang mana kini mempunyai permintaan tinggi di banyak negara.

Untuk mengatasi masalah ini daripada berlarutan, laporan Nikkei Asia telah pun mendedahkan tentang syarikat pembuat cip iaitu Foxconn mempunyai perancangan membina sebuah kilang cip di Malaysia yang mengeluarkan cip khusus untuk keperluan kenderaan elektrik.

Sumber Gambar: InsideEV

Sebuah memorandom persefahaman telah ditandatangani antara pihak Foxconn dan syarikat tempatan Dagangan NeXchange Berhad (DNex) untuk membina fasiliti pengeluaran cip baharu di Malaysia.

Kilang ini dijangka mengeluarkan 40,000 wafer bulanan menggunakan teknologi 20nm dan 40nm yang diperlukan oleh industri automotif. Cip tersebut pula akan digunakan pada sistem sensor, WiFi, bluetooth dan kawalan mikro dalam kenderaan. Setakat ini, masih belum diumumkan lokasi kilang baharu yang dirancang.

Dengan langkah ini, kita bukan sahaja dapat meneroka teknologi pembuatan cip kenderaan elektrik daripada syarikat terkemuka ini, malah dapat memberi peluang pekerjaan untuk penduduk setempat di lokasi kilang tersebut kelak.

Sebelum ini, negara kita dilaporkan telah berjaya menjadi salah satu pengeluar kepada produk Apple terbaharu yang dikenali sebagai Mac Studio.

Apple Mac Studio Terbaharu Dilaporkan Berjaya Dihasilkan Di Malaysia

USM Muncul Sebagai Universiti Pertama Perkenalkan Perpustakaan Berkonsepkan Metaverse