Perkhidmatan kecemasan seperti ambulans sememangnya memerlukan teknologi yang baik dalam mengendali situasi genting dengan baik. Dengan perkembangan rangkaian 5G hari ini, kini sektor kesihtan juga boleh memanfaatkannya untuk menawarkan solusi kecemasan yang lebih efektif dan efisien.

Terbaharu, First Ambulances Services Sdn. Bhd. (FAS) bersama YTL Communications Berhad mengumumkan jalinan strategik mereka untuk menambah baik perkhidmatan kecemasan dalam sektor kesihatan buat rakyat Malaysia. Jalinan kerjasama antara kedua syarikat ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang baik menerusi servis 5G Smart Ambulance.

Sumber Gambar: Facebook

Secara umum, terdapat beberapa elemen utama yang menjadikan Ambulans Pintar FAS jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Salah satunya penggunaan platform Yes Fleet berasaskan awan yang turut merangkumi pelaksanaan sistem telematik pada ambulans tersebut.

Dengan ini, ia membolehkan FAS mendapatkan lokasi masa nyata ambulansnya serta kelajuan, tahap bahan api dan status enjinnya sekaligus dapat menguruskan penyelenggaraan kenderaan dengan lebih cekap. Di samping itu, fungsi WiFi terbina dalam kenderaan juga mampu membekalkan butiran dan dianogstik pesakit terus kepada hospital berkenaan.

Sumber Gambar: Facebook

Menerusi rangkaian 5G yang mempunyai latensi rendah juga dapat menghubungkan data pesakit seperti telemetri EKG dan imej ultrasound kepada pakar perubatan kecemasaan sementara ambulans masih dalam perjalanan menuju ke hospital tersebut. Hal ini boleh menambah baik masa saringan dan kesediaan hospital untuk mengendalikan pesaik sebaik tiba di unit kecemasan.

YES selaku telco pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada pengguna menyatakan keyakinan dan percaya dengan kuasa rangkaian 5G boleh memacu pelbagai perubahan. Walaupun masih berada di fasa awal, mereka berhasrat untuk kerjasama dengan hospital-hospital untuk memanfaatkan rangkaian 5G  yang sedang diperluas ke seluruh negara.

Sementara itu, Apple Watch juga dijangka bakal menawarkan sokongan satelit bagi menghantar mesej sewaktu kecemasan pada tahun ini.

Apple Watch Dijangka Akan Tawarkan Sokongan Satelit Bagi Menghantar Mesej Sewaktu Kecemasan

Apple Watch Dan iPhone Bakal Ditawarkan Fungsi Pengesan Kemalangan Seawal Tahun Hadapan