Begitu banyak orang yang menggunakan skuter elektrik pada hari ini untuk perjalanan harian dan pelbagai tujuan lain. Malah, skuter elektrik terbaik juga boleh bergerak melangkaui sesuatu jarak jauh dengan mudah dengan kelajuan yang optimum.

Pasti ramai yang ingin mengetahui pilihan skuter elektrik yang bagus di dalam laman e-dagang, Shopee. Oleh itu, mari kita lihat lima pilihan skuter elektrik terbaik yang boleh didapatkan pada hari ini.

1. Electric Scooter Foldable 24V

Sumber Gambar: Shopee

Skuter elektrik ini mempunyai rangka yang diperbuat daripada besi padu sekaligus menjadikan ia sangat kukuh. Dengan kehadiran bateri 24v, anda boleh menikmati pemanduan sejauh 20KM dengan kelajuan maksimum 20km/h. Selain itu, skuter ini boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan di ruangan kecil.

Untuk mengecas penuh bateri, anda hanya perlukan sekitar lima jam ke enam jam bagi pemanduan seterusnya. Ditambah pula tayar yang diperbuat daripada plastik PU yang padu menjadikan ia lebih tahan lasak untuk berjalan di pelbagai permukaan jalan.

Kini anda boleh dapatkan skuter elektrik ini dengan harga serendah RM409 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Electric Scooter Foldable 24V

2. EcoSport EP007 Electric Scooter

skuter elektrik terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Skuter elektrik keluaran EcoSport ini diperbuat daripada besi aloi yang padu menjadikan ia lebih tahan lasak dalam sebarang keadaan. Dikuasakan dengan bateri 350W yang mana berkemampuan bergerak sejauh 30KM. Bateri pula boleh dicas penuh dalam enam jam sahaja.

Untuk ciri keselamatan pula, terdapat suspension pada bahagian roda depan dan belakang untuk lebih lebih mencengkam apabila digunakan dalam masa yang sama hadir lampu headlight untuk kegunaan di kawasan gelap.Terdapat juga paparan skrin LED untuk memudahkan anda melihat status semasa skuter elektrik tersebut.

EcoSport EP007 Electric Scooter kini boleh didapatkan di Shopee dengan harga RM789 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang EcoSport EP007 Electric Scooter

3. Xiaomi Electric Scooter S1

Sumber Gambar: Shopee

Xiaomi selaku pengeluar barangan gaya hidup sudah pasti sedia menawarkan skuter elektrik yang premium pada harga mampu milik. Skuter elektrik ini menampilkan rekaan yang elegan serta kombinasi warna yang menarik padanya. Dengan motor berkuasa 600W boleh memberikan jarak panduan mencecah 45KM dengan kelajuan 30km/j.

Ditambah pula sistem brek yang padu boleh menjamin keselamatan anda sewaktu menggunakannya. Bukan hanya boleh dilipat untuk kemudahan menyimpan, malah terdapat kawalan kunci secara digital menerusi aplikasi yang disediakan. Anda juga boleh melihat status skuter dengan mudah pada skrin LED yang disediakan.

Jika anda berminat dengan skuter elektrik keluaran Xiaomi ini, boleh dapatkan dengan harga RM866 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Electric Scooter S1

4. Ninebot Segway E22 Folding Electric Scooter

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan terbaik adalah daripada Ninebot yang mana mempunyai reputasi yang bagus dalam menawarkan skuter elektrik terbaik. Model E22 ini dilengkapi dengan motor yang berkuasa di mana boleh memberikan kelajuan maksimum 20km/j. Rekaan yang ditampilkan juga tampak menarik dan premium.

Selain itu, skuter Ninebot ini mempunyai ciri brek elektrik dan mekanikal yang boleh memastikan setiap peringkat umur boleh menunggangnya dengan selamat. Seperti Xiaomi, E22 ini juga membenarkan pengguna mengakses sejumlah maklumat dan tetapan berkaitan skuter elektrik menerusi aplikasi khas.

Skuter elektrik keluaran Ninebot sedia ditawarkan dengan harga RM1,638 melalui Shopee.

Beli Sekarang Ninebot Segway E22 Folding Electric Scooter

5. LITE10 ES Volt Electric Scooter

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, LITE 10 ES Volt Electric Scooter juga merupakan antara pilihan ramai kerana menampilkan pelbagai ciri berguna padanya. LITE10 ini dipanggil sebagai 2 in 1 kerana boleh dijadikan skuter dan basikal sekaligus. Dilengkapi dengan motor 800W yang boleh memberikan tahap kelajuan sehingga 40km/j.

Tayar pula menampilkan rekaan tubeless yang menjamin ia lebih tahan lasak pada setiap masa. Di samping itu, terdapat tiga mod kelajuan yang boleh dilaras mengikut keperluan anda. Untuk menjamin keselamatan pengguna, syarikat ini telah membawakan ciri sistem brek yang padu serta lampu brek.

Anda boleh dapatkan LITE 10ES Volt Electric Scooter pada harga RM1,980 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang ES Volt Electric Scooter 

Berdasarkan senarai pilihan skuter elektrik, Xiaomi Electric Scooter S1 mempunyai pelbagai ciri yang menarik dan juga rekaan premium yang boleh didapatkan pada harga berpatutan. Malah, skuter elektri Xiaomi juga memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mengakses maklumat semasa melalui aplikasi sahaja.

Konklusinya, skuter elektrik ini sudah boleh didapati dengan harga yang berbaloi setanding dengan jenama terkemuka di luar sana. Selain itu, anda juga boleh bergerak dengan mudah ke sesuatu lokasi berdekatan dalam masa yang sama menjaga alam sekitar selepas ini.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui gadget-gadget yang diperlukan menukar rumah anda menjadi mesra teknologi.

6 Gadget Yang Perlu Anda Dapatkan Untuk Ubah Rumah Menjadi ‘Smart Home’

5 Smart TV Terbaik Dan Berbaloi Dengan Harga Bawah RM2,500 Untuk Dimiliki Pada Tahun 2022

Sumber