Pada zaman serba canggih hari ini, smart TV sudah ditawarkan pada harga mampu milik daripada sejumlah jenama terkemuka. Anda boleh menikmati pelbagai media hiburan serta fungsi menarik menerusi pilihan smart TV terbaik yang dimiliki.

Malahan, smart TV juga kini didatangkan dengan sistem multifungsi yang mampu menampung keperluan untuk menonton siaran kabel seperti Netflix, melayari internet dan bermain permainan menerusinya. Berikut merupakan lima pilihan smart TV terbaik dengan penawaran harga mampu milik yang boleh dimiliki pada tahun 2022.

1. Xiaomi Mi TV P1

smart tv terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Xiaomi kini sedia menawarkan televisyen pintarnya yang berkualiti tinggi dengan beberapa ukuran saiz mengikut kesesuaian ruangan rumah anda. Mi TV dilengkapi dengan paparan LED yang bagus serta mempunyai sistem Google Assistant di mana anda boleh menggunakan suara untuk mengawal TV anda tanpa sebarang alat kawalan jauh.

Bahagian audio pula, TV pintar ini menggunakan sistem Twin Dolby Digital dan DTS-HD serta mempunyai dua 25W stereo speaker yang boleh menghasilkan bunyi yang cukup imersif. Selain itu, anda boleh mengakses lebih daripada 400,000 filem dan rancangan serta memuat naik lebih 5,000 aplikasi sekaligus menjanjikan hiburan tanpa terhad padanya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Smart TV yang serba canggih tetapi pada masa yang sama harga berpatutan, kini Xiaomi Mi TV P1 sedia didapatkan pada harga serendah RM899 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Mi TV P1 

2. Skyworth 4k UHD Smart TV

smart tv terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Jenama Skyworth masih belum dikenali umum tetapi penawaran Smart TV beresolusi 4K pada harga berpatutan sememangya layak berada dalam pilihan Smart TV terbaik pada tahun ini. TV pintar yang ditawarkan boleh digunakan untuk multifungsi sama ada mahu bermain games atau menonton Netflix tanpa menggunakan peranti lain.

Model ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini seperti WiFi terbina di dalam, sokongan HDR dan juga screen mirroring untuk memasang konten di peranti lain menerusinya dengan mudah. TV yang berukuran 50 inci dan resolusi 4K UHD ini mampu memaparkan segala visual konten dengan terang dan jelas.

Selain itu, smart TV turut didatangkan dengan sistem audio Dolby DTS TruSurround di mana hasil audio yang dikeluarkan mampu memenuhi ruangan persekitaran anda. Buat anda yang berminat dengan Skyworth 4K UHD Smart TV ini, boleh dapatkan pada harga RM1,569 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Skyworth 4K UHD Smart TV

3. Realme Smart TV

smart tv terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Realme merupakan salah satu jenama yang mulai digemari ramai oleh kerana penawaran peranti yang berbaloi di pasaran. Kini mereka juga sudah menawarkan sebuah TV pintar  dengan resolusi 2K Full HD bersama ciri Chroma Boost Picture Engine yang membuatkan paparan skrin jelas dan tidak mengalami sakit mata sewaktu menonton pada tempoh yang lama.

Realme Smart TV ini dilengkapi Android OS yang mana membolehkan anda memuat turun serta mengakses sejumlah aplikasi termasuklah games di Google PlayStore dengan mudah. Terdapat beberapa port sambungan yang disediakan serta mempunyai sistem audio Dolby yang akan menjadikan setiap tontonan seperti di panggung wayang.

Kini anda berpeluang mendapatkan smart TV terbaik dengan penawaran harga RM1,668 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Realme Smart TV

4. Samsung 4K UHD Smart LED TV

Sumber Gambar: Shopee

Samsung juga sedia menawarkan sebuah model smart TV terbaik yang mampu menawarkan pengalaman tontonan yang bagus menerusinya. Model ini menawarkan paparan skrin 4K dengan menggunakan teknologi Crystal Processor yang membuatkan warna visual lebih jelas dan terang.

Selain menonton hiburan, anda juga boleh menikmati pengalaman permainan yang lebih lancar dengan sokongan Game Enhancer melaluinya. Perkara yang paling menarik pada TV adalah penggunaan bezel yang cukup nipis sekaligus menampilkan rekaan premium seperti TV mewah yang ditawarkan pada harga yang lebih tinggi.

Di samping itu, anda juga menyambungkan telefon pintar, komputer riba atau PC pada TV tersebut untuk mengawal paparan TV dengan mudah. Sekiranya anda berminat dengan Samsung 4K UHD Smart LED TV ini, boleh dapatkan pada harga RM2,199 melalui Shopee pada hari ini.

Beli Sekarang Samsung 4K UHD Smart LED TV

5. Philips 4K Ultra HD Smart TV

Sumber Gambar: Shopee

Bagi anda yang mengemari TV pintar dengan rekaan yang lebih nipis, model Philips 55PUT7374 Smart TV ini memang bersesuaian kerana mempunyai kenipisan sekitar 14cm sahaja walaupun berukuran 55 inci. TV ini turut menyokong resolusi 4K bersama sistem Android padanya.

Bahagian audio pula, TV pintar ini menggunakan sistem Dolby Vision HDR dan Dolby Atmos di mana dapat impak bunyi daripada media yang dimainkan seperti di dunia sebenar. Malah, terdapat pelbagai mod yang boleh dipasang mengikut keperluan anda seperti game mode, lounge mode dan banyak lagi.

TV ini juga memberikan akses kepada aplikasi kegemaran anda seperti Google Play Music, Youtube, Google Play Music dan pelbagai lagi. Kini anda boleh mendapatkan TV pintar keluaran Philips berkenaan dengan harga RM2,469 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Philips 4K Ultra HD Smart TV

Berdasarkan senarai yang telah dinyatakan di atas, sangat berbaloi jika anda dapatkan TV pintar keluaran Skyworth kerana penawaran resolusi 4K bersama pelbagai fungsi menarik yang dijual di bawah RM1,600. Jika terdapat bajet yang lebih, boleh dapatkan TV Philips yang menjanjikan penggunaan yang mantap untuk jangka masa panjang.

Diharapkan agar anda boleh pemilihan dengan mudah selepas ini dengan perkongsian maklumat sedikit sebanyak model TV pintar yang sedia ditawarkan di pasaran hari ini dengan harga berpatutan. Malah, anda boleh dapatkan dengan harga lebih rendah sekiranya mempunya baucar atau kupon diskaun di Shopee.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui sebanyak 6 gadget yang boleh menukar rumah anda menjadi smart home selepas ini.

6 Gadget Yang Perlu Anda Dapatkan Untuk Ubah Rumah Menjadi ‘Smart Home’

Serendah RM26.50, Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana ‘Smart Plug WiFi’ Mampu Mudahkan Kerja Seharian

Sumber