Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Skrin TV sering menhadapi masalah habuk yang melekat ekoran terletak di tempat terbuka. Sebenarnya cara membersih skrin TV yang betul tidak semudah yang disangka ramai.

Anda perlu mempunyai teknik yang betul agar tidak merosakkan komponen atau pun kosmetik pada TV berkenaan. Mari kita mempelajari secara terperinci teknik cara membersihkan skrin TV yang betul menerusi tutorial di bawah.

Cara membersihkan skrin TV dengan betul

1. Matikan TV semasa proses pembersihan.
Sumber Gambar: PC Mag

Perkara ini nampak remeh namun kita sering terlepas pandang dan melakukan pembersihan skrin TV dalam keadaan masih dihidupkan. Hal ini kerana untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya sebarang kemalangan berkaitan elektrik.

Kita sedia maklum renjatan elektrik boleh mengundang kepada maut dan mudah terjadi apabila adanya air dan aliran elektrik bersama. Apabila skrin gelap juga secara tidak langsung akan memudahkan anda mengesan dan membersihkan habuk atau bendasing pada permukaan skrin TV.

2. Jangan guna tuala dan tisu untuk membersihkan TV.
cara membersihkan skrin tv
Sumber Gambar: CNET

Kebanyakkan skrin TV menggunakan LCD, LED dan OLED sangat sensitif kepada tekanan dan mudah terdedah kepada tercalar. Malah, bahan tisu dan tuala juga boleh merosakkan skrin TV. Jadi, anda disyorkan untuk menggunakan kain mikrofiber sewaktu membersihkan skrin TV untuk sebarang jenis skrin.

Kain jenis ini sesuai untuk menanggalkan cap jari dan kotoran pada skrin tanpa merosakkan komponen atau kosmetiknya. Selain itu, anda diminta mengelap secara perlahan sahaja kerana bersifat rapuh. Maka, sebaiknya pastikan anda mengelap skrin selembut yang boleh agar tiada tekanan yang kuat pada permukaan.

3. Lap skrin dengan satu arah sahaja.
cara membersihkan skrin tv
Sumber Gambar: IWMBuzz.net

Arah cucian juga memainkan peranan penting dalam pembersihan sesuatu skrin TV. Semasa membersihkan skrin TV, anda harus mengelapnya terlebih dahulu dalam satu arah sahaja. Sebagai contoh, lap skrin menggunakan kain yang disembur larutan secara menegak.

Selepas itu, untuk membersihkan cecair pada skrin anda harus melakukannya dalam arah bertentangan. Cara ini dapat bantu memastikan setiap kawasan skrin akan dibersihkan secara menyeluruh serta dapat menggelakkan masalah calar pada skrin.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

4. Elak sembur larutan terus pada skrin.
cara membersihkan skrin tv
Sumber Gambar: Hello Tech

Selain daripada itu, anda turut diingatkan untuk tidak menyembur sebarang cecair pembersihan terus ke skrin TV. Dengan menyembur larutan terus ke TV boleh meninggalkan kesan yang kekal pada skrin. Hal ini sekaligus boleh menjejaskan bahagian dalaman TV.

Cara yang betul adalah dengan menyemburkan cecair pada kain terlebih dahulu dan kemudian lap skrin TV dengan perlahan. Di samping itu, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk yang mengandungi ammonia, alkohol atau aseton kerana boleh menyebabkan kerosakan kekal pada salutan anti-silau.

5. Tukar kain selepas mengelap skrin.
Sumber Gambar: ykf active sdn bhd

Setiap kali anda mengelap skrin, kain akan memerangkap sebarang bendasing atau habuk yang melekat pada permukaan skrin. Oleh sebab hal itu ia boleh menyebabkan kesan calar pada skrin TV tanpa anda sedari.

Sebaik selepas beberapa kali sesi pembersihan, anda diminta untuk menukar kain lap yang baharu. Kain baharu juga boleh menyerap dan membersihkan kawasan permukaan dengan lebih baik secara dasarnya.

6. Membiarkan skrin TV kering dengan sepenuhnya.
Sumber Gambar: Furniture TV

Akhir sekali, anda hanya perlu membiarkan skrin TV kering dengan sepenuhnya sebelum anda menghidupkannya semula. Anda boleh biarkan proses pengeringan berlaku secara natural dengan aliran udara sekeliling atau pun menggunakan kipas siling untuk mempercepatkan proses pengeringan lagi.

Tompok basah pada skrin boleh mencipta silau yang mudah dilihat apaabila TV dihidupkan. Jadi, anda disarankan untuk membiarkan skrin TV kering sepenuhnya dan selepas itu barulah menonton TV dengan tenang. Sebarang alat pengeringan seperti hair dryer boleh membahayakan komponen dalaman mahupun luaran TV itu.

Diharapkan dengan tutorial ini memberikan pencerahan yang terperinci cara membersihkan skrin TV dengan betul. Anda bukan sahaja dapat memastikan skrin akan sentiasa dalam keadaan bersih malah teknik yang sama boleh diaplikasi pada sebarang peranti elektronik seperti telefon pintar, tab dan sebagainya.

Selain itu, anda perlu mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya laptop atau komputer terkena banjir.

7 Langkah Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Laptop Atau Komputer Terkena Banjir

Lelaki Ini Kongsikan Cara-Cara Menyekat Fungsi Apple Pay Sekiranya iPhone Hilang Atau Dicuri