







Setelah lama jadi bualan ramai, HUAWEI nova 9 akhirnya sedia dilancarkan buat pasaran Malaysia. Model ini hadir dengan spesifikasi yang cukup hebat; skrin melengkung OLED bersaiz 6.57-inci beserta sokongan refresh rate sehingga 120Hz.
Lebih menarik, model ini turut disertakan dengan fungsi pengecasan pantas 66W yang membolehkan anda mengecas penuh dalam tempoh 38 minit sahaja.
[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!
Buat anda yang gemar mengambil gambar pada waktu malam, model ini dilengkapi dengan kamera 50-megapixel RYYB yang sedia menawarkan kualiti gambar yang hebat meskipun diambil pada waktu malam.
Dengan tanda harga RM 1,999, berbaloi ataupun tidak untuk dapatkan HUAWEI nova 9 ini? Jom saksikan review penuh daripada Tee ini.