Smart TV berukuran 32-inci kini menjadi pilihan ramai kerana ia lebih kompak dan mudah untuk dialihkan bila diperlukan. Malah, Smart TV dengan saiz ini lebih berbaloi kerana sedang ditawarkan dengan harga yang lebih berpatutan berbanding saiz yang besar.

Smart TV pada hari ini sememangnya telah menawarkan pelbagai ciri menarik dan teknologi terkini untuk menawarkan pengalaman tontonan yang lebih menyeronokkan. Oleh itu, mari kita lihat enam pilihan Smart TV berbaloi 32-inci  menerusi Shopee.

1. Infinix X1 TV 

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, Infinix X1 TV merupakan antara pilihan Smart TV 32-inci termurah yang boleh didapatkan di dalam pasaran hari ini. Selain mempunyai rekaan yang moden, X1 TV ini juga hadir dengan ciri canggih termasuklah pembantu maya AI dan Chromecast terbina untuk navigasi menerusi peranti.

Untuk menambahkan lagi keseronokkan tontonan, Smart TV ini hadir bersama sistem audio yang dibawakan oleh Digital Dolby Audio. Anda juga boleh mengakses sejumlah laman web dengan mudah kerana mempunyai ciri WiFi terbina juga. Aplikasi Youtube dan Netflix turut sudah terpasang secara default.

Sekiranya anda mahu mendapatkan Infinix X1 TV, kini sedia dijual pada harga RM635 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Infinix X1 TV

2. Toshiba Smart TV 32V31LP

Sumber Gambar: Shopee

Model Smart TV Toshiba ini menggunakan panel skrin beresolusi tinggi bersama teknologi PQ untuk meningkatkan kualiti paparan visual yang lebih vibran dan jelas. Malah, anda boleh mengaktifkan beberapa mod seperti Game Mode dan Sports Mode yang bakal mengoptimasikan prestasi mengikut keperluan perisian.

Dari segi audio, pihak Toshiba menyertakan DTS Virtual X dan Dolby Audio untuk pengalaman audio yang terbaik. Funsi pintar lain yang ditawarkan termasuklah kebolehan mengakses sejumlah kandungan hiburan menerusi gedung Android dan menggunakan ciri screen mirroring untuk memasang konten dari peranti lain.

Kini anda boleh mendapatkan Toshiba Smart TV 32V31LP pada harga RM749 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Toshiba Smart TV 32V31LP

3. Xiaomi Mi Smart TV 

Sumber Gambar: Shopee

Anda boleh pertimbangkan sebuah Smart TV daripada jenama Xiaomi yang menawarkan pelbagai ciri premium pada harga marhaen. Mi Smart TV ini dilengkapi dengan skrin HD yang berkualiti bersama sistem audio DTS yang mampu menawarkan bunyi yang imersif.

Yang lebih mengagumkan, model Mi Smart TV ini turut hadir dengan ciri moden seperti Google Assistant untuk arahan menerusi suara serta Chromecast terbina untuk memudahkan anda mengakses konten dari peranti ke TV. Malah, anda juga boleh memuat turun aplikasi dengan mudah menerusi Google Play Store yang sudah tersedia.

Xiaomi Mi Smart TV  ini berharga serendah  RM799 sahaja yang boleh didapatkan menerusi Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Smart TV 

4. Hisense Smart TV A4000G

smart tv terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Salah satu model Smart TV 32-inci yang laris terjual adalah Hisense Smart TV A4000G. Model ini mempunyai rekaan bezeless yang membuatkan paparan visual lebih luas dan imersif sekaligus memberikan pengalaman tontonan yang best. Bukan itu sahaja, visual yang dipaparkan cukup tajam dan vibran untuk tontonan kasual.

Sistem operasi yang ringkas juga memudahkan anda mengakses sebarang fungsi atau aplikasi dalam masa singkat. Sistem audio pula tidak kurang hebatnya kerana ditala oleh Dolby Audio. Selain itu, terdapat ciri timer yang membolehkan anda menetapkan suatu tempoh agar TV boleh ditutup secara automatik.

Anda boleh mendapatkan Hisense Smart TV A4000G dengan harga RM819 melalui Shopee.

Beli Sekarang Hisense Smart TV A4000G

5. Panasonic Smart TV HS550

smart tv berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Model HS550 keluaran Panasonic ini turut mempunyai maklum balas yang baik daripada pelanggan. Anda bakal merasai pengalaman tontonan yang baik kerana paparan visual sudah ditambah baik dengan teknologi digital tersendiri. TV ini dijana oleh Android 9 sekaligus membolehkan anda mengakses sejumlah aplikasi Android.

Anda juga boleh melayari laman web kerana ia menyokong sambungan WiFi untuk akses internet. Sistem audio pula boleh diubah mengikut genre serta telah dipertingkatkan dengan Dolby Audio untuk hasil yang imersif. Seperti model-model lain, Smart TV ini turut hadir dengan ciri Chromecast yang diperlukan ramai.

Panasonic Smart TV HS550 kini ditawarkan dengan harga RM1,199 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Panasonic Smart TV HS550

6. Samsung The Frame

smart tv berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Untuk anda yang meminati rekaan dalaman yang lebih menarik, Samsung The Frame sedia menawarkan rekaan luaran yang estetik seperti bingkai gambar. Samsung The Frame ini mampu memaparkan visual dengan cerah dan vibran pada resolusi 1080P.

Menariknya, model Smart TV ini mempunyai Art Mode yang mana membolehkan anda menayang karya seni secara automatik sebaik ditutup. Selain itu, anda boleh mengawal kesemua fungsi TV dengan menggunakan aplikasi tersendiri malah mampu menggunakan fungsi Mirroring semudah satu tap sahaja.

Sekiranya anda berminat dengan Samsung The Frame, kini boleh didapatkan pada harga RM2,999 di Shopee.

Beli Sekarang Samsung The Frame

Bercakap dari segi berbaloi, Xiaomi Mi Smart TV sedia memberikan sejumlah fungsi premium untuk pengalaman tontonan yang baik. Anda bukan sahaja boleh menggunakan Google Assistant, malahan mengakses sejumlah aplikasi dengan mudah. Ditambah juga sistem audio DTS yang bagus menerusinya.

Mendapatkan Smart TV berbaloi daripada jenama terkemuka bakal menjamin kualiti dan juga tempoh penggunaan yang lebih lama. Anda juga boleh menikmati sejumlah ciri teknologi yang serba canggih untuk navigasi TV atau pun mengakses konten dari telefon pintar sahaja.

Untuk menambahkan lagi keseronokkan seperti wayang, anda boleh padankan dengan soundbar terbaik yang disenaraikan pada artikel di bawah ini.

6 Soundbar Terbaik Yang Boleh Tingkatkan Pengalaman Tontonan Anda Di Rumah

5 Pilihan WiFi Extender Mampu Milik Untuk Liputan Internet Yang Lebih Stabil Di Rumah

Sumber