Semakin hari dapat dilihat penawaran produk smart home sedia didapatkan dengan harga yang mampu milik. Penggunaan produk smart home ini sekaligus dapat memudahkan urusan harian bersesuaian dengan tabiat pengguna kini yang selesa menggunakan telefon pintar sepanjang masa.

Menerusi perkongsian akaun Facebook @NajmiFarisham, beliau telah berkongsi pengalaman menggunakan Smart Plug WiFi selama seminggu di mana beliau sangat berpuas hati dengan penawaran fungsi yang tersedia pada smart plug ini.

smart plug wifi
Sumber Gambar: Facebook Najmi Farisham

Perkara menarik yang terdapat pada smart plug ini adalah kebolehan mengawal suis sama ada ingin menghidupkan atau mematikan kuasa bagi setiap peralatan elektronik yang dipasang dalam rumah semudah melalui aplikasi sahaja.

Bahkan pengguna boleh mengakses aplikasi berkenaan di mana-mana sahaja dengan mudah. Selain itu, pengguna juga boleh menetapkan tempoh masa penggunaan plag tersebut dan ia akan mati secara automatik apabila tiba masanya.

smart plug wifi
Sumber Gambar: Facebook Najmi Farisham

Kemampuan smart plug ini mengesan suhu sekililing juga sangat membantu terutamanya apabila suhu sudah mencecah pada tahap yang tertentu di mana plag ini boleh menghidupkan sebarang perkakasan di rumah seperti kipas atau penghawa dingin secara automatik.

Smart plug ini juga boleh menetapkan sama ada untuk menghidupkan atau mematikan sesuatu peralatan elektronik berdasarkan lokasi semasa pengguna. Sebagai contoh, pengguna boleh tetapkan untuk menghidupkan lampu rumah apabila sedang dalam perjalanan pulang ke rumah secara automatik.

vocket-tech-smart-plug-3
Sumber Gambar: Facebook Najmi Farisham

Sokongan virtual assistant seperti Alexa dan Google Assistant antara yang ditawarkan membolehkan pengguna memberi arahan melalui suara sahaja.

Di samping itu, smart plug ini juga boleh disambung pada sebarang suis peralatan elektronik yang berada di rumah dalam memudahkan pengguna memantau penggunaan elektrik pada setiap barangan elektrik yang diguna dengan mudah.

vocket-tech-smart-plug-4
Sumber Gambar: Facebook Najmi Farisham

Perkara yang paling penting bagi menikmati semua fungsi ini adalah sambungan WiFi dalam memastikan kesemua aktiviti kawalan dapat berjalan dengan lancar.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki smart plug WiFi ini, anda boleh klik mendapatkannya di Shopee pada harga serendah RM26.50 sahaja. Kini anda juga berpeluang mengawal semua peralatan elektronik di rumah dengan hanya pengawalan di hujung jari sahaja.

Ketahui juga 6 gadget pintar lain yang perlu anda dapatkan untuk mengubah rumah menjadi ‘Smart Home’.

6 Gadget Yang Perlu Anda Dapatkan Untuk Ubah Rumah Menjadi ‘Smart Home’

Hadir Dengan Teknologi AI, ‘Smart Home’ Ini Dijual Pada Harga RM200,000

Sumber