Peralatan perlindungan peribadi seperti pelitup dan pelindung muka telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan norma baharu. Pelbagai syarikat pengeluar bertungkus-lumus menghasilkan produk perlindungan yang berkualiti bagi menepati piawaian yang ditetapkan.

Pelindung muka yang dibuat oleh VYZR Technologies menampilkan rekaan yang futuristik serta perlindungan yang lebih menyeluruh buat pengguna. Pendekatan yang diambil oleh syarikat ini tampak berbeza berbanding produk perlindungan yang sedia ada di pasaran.

pelindung muka
Sumber Gambar: urdesign

VYZR Technologies merupakan sebuah startup yang bertapak di Toronto dan menghasilkan protective personal equipment (PPE) yang ditambah baik dengan teknologi serta inovatif daripada hasil kerja pasukan berkenaan.

Idea ini tercetus apabila mereka mempercayai bahawa cabaran kesihatan pada masa kini sebenarnya bukan sahaja daripada Covid-19 tetapi semua pathogen berbahaya di dalam udara serta kualiti persekitaran yang tercemar.

vocket-tech-face-shield-3
Sumber Gambar: VyzrTechnologies Press

Maka, terhasillah BioVYZR yang merupakan sebuah pelindung muka yang dilengkapi dengan teknologi pembersih udara respirator yang menapis udara dan menyediakan ruang perlindungan peribadi buat pengguna. Produk ini mula dipasarkan ke seluruh negara pada tahun 2020 yang lalu.

Ciri-ciri yang tersedia pada pelindung muka BioVYZR

BioVYZR telah menampilkan sarung pelindung muka berbentuk gelembung yang meliputi keseluruhan bahagian kepala sehingga paras dada bagi melindungi ruang peribadi pengguna. Integrasi sistem air purifying yang terbina dapat menghalang pathogen, bakteria dan pencemaran di dalam udara dengan menggunakan penapisan N-95.

Bahan binaan pelindung muka ini diperbuat daripada silikon, neuprone dan vinyl yang menjadikannya kalis suhu ekstrem serta ringan dengan anggaran berat sekitar 2.25kg sahaja. Selain itu, terdapat ruang pek bateri yang disediakan untuk menambahkan lagi ciri praktikaliti pada rekaan berkenaan.

pelindung muka
Sumber Gambar: VYZRTechnologies Press

Bateri yang tersedia bertujuan untuk menggerakkan kipas penapis yang mampu bertahan sehingga 8 jam dengan satu pengecasan penuh. Kipasnya juga beroperasi dengan senyap dan sangat sesuai dipakai di mana-mana tempat atau sertai sebarang aktiviti berkumpulan.

Walaupun BioVYZR ini hadir dengan saiz yang besar, sebenarnya ia mudah untuk disarung dan ditanggalkan oleh pengguna. Pada bahagian sisi terdapat strap yang boleh dilaras mengikut keselesaan pengguna. Ditambah pula dengan ciri Anti-Fogging bagi mengekalkan penglihatan yang jelas pada setiap masa.

Kalau dari segi harga sememangnya mahal untuk sebuah pelindung muka tetapi ciri yang disediakan sangat berguna. Terdapat tiga jenis saiz dewasa yang ditawarkan pada harga yang sama iaitu $379 (~RM1,602). Anda boleh layari laman web vyzertech untuk maklumat lanjut.

Ketahui sebuah basikal EUC yang mempunyai rekaan unik dan futuristik sudah menawan Bukit Fraser.

Unik Dan Futuristik, Lelaki Ini Buktikan Basikal EUC Mampu Ditunggang Menaiki Bukit Fraser

Lihat Inovasi Bekas Jurutera Google Dalam Menghasilkan Sarung Tangan Basikal