Shopee nampaknya bakal mengadakan acara jualan besar-besaran sempena 8.8 yang disertai pelbagai jenama-jenama tersohor di pasaran. Pelbagai kelebihan yang disediakan termasuklah rebat cashback, kupon, penghantaran percuma dan sebagainya.

Berdasarkan tinjauan, majoriti produk yang ditawarkan sudah menerima potongan harga sehingga 50%. Terdapat beberapa sesi kupon percuma yang diagihkan sepanjang hari ini buat anda yang berminat. Berikut adalah barangan yang berbaloi anda boleh dapatkan sempena jualan 8.8 hari ini.

1. Xiaomi Mi Box S

vocket-tech-news-shopee-1-baru
Sumber Gambar: Shopee

Sekiranya anda masih lagi menggunakan televisyen biasa tanpa Android TV, mendapatkan Xiaomi Mi Box S adalah jawapannya. Hanya semudah menyambungkan pada televisyen berkenaan, Xiaomi Mi Box S sudah boleh diakses dalam memaparkan pelbagai konten yang menarik di internet serta sejumlah aplikasi yang boleh dipasang menerusi Google Play Store.

Penonton berpeluang stream filem atau cerita bersiri terkenal daripada platform penstriman seperti Netflix, Disney Plus dan sebagainya secara terus di televisyen. Di samping itu, fungsi Chromecast yang terbina boleh memudahkan pengguna memaparkan konten daripada telefon pintar atau komputer ke skrin televisyen dengan pantas.

Dilengkapi dengan sokongan resolusi sehingga 4K pastinya memberi pengalaman tontonan yang mengujakan. Sokongan pembantu virtual, Google Assistant membolehkan pelarasan dibuat melalui arahan suara sahaja. Anda boleh dapatkan di Shopee pada harga serendah RM259 sahaja.

2. Baseus LED Desk Lamp

vocket-tech-news-2-baru
Sumber Gambar: Shopee

Lampu ini sememangnya sangat berguna buat anda yang sering menggunakan komputer atau laptop untuk khususnya sewaktu malam atau sumber cahaya yang terhad di bilik. Anda boleh memasang dengan klip disediakan pada bahagian monitor dengan mudah.

Pelarasan cahaya boleh dibuat dengan tiga tahap kecerahan serta suhu menerusi sensor sesentuh pada bahagian belakang lampu. Penggunaan model ini secara tidak langsung bakal membuatkan lebih produktif kerana mata tidak akan berasa letih dengan ciri perlindungan mata pada lampu.

Bahan binaan yang kukuh serta ringan menjadikan ia fleksibel dan tahan lama. Pancaran lampu yang ditawarkan juga sangat optimum dan sedap dipandang. Bagi anda yang berminat, boleh dapatkan lampu meja LED ini pada harga serendah RM77 sahaja.

3. Encen Electric Hair Trimmer Clipper

vocket-tech-news-shopee-3-baru
Sumber Gambar: Shopee

Pasti ramai yang sedang kusut dengan rambut yang panjang khususnya mereka yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1. Menerusi promosi yang ditawarkan anda bolehkan dapatkan mesin rambut ini dengan harga yang berbaloi.

Mesin potong rambut ini mempunyai tujuh tahap kenipisan rambut yang boleh dibuat menerusi satu butang yang boleh dilaras. Kepala pemotong yang diperbuat seramik nano berupaya menggurangkan bunyi serta haba yang terhasil semasa proses potongan. Anda boleh dapatkan mesin potong rambut di Shopee pada harga serendah RM45.90 sahaja.

4. Xiaomi Repeater WiFi Extender

vocket-tech-news-shopee-4-baru
Sumber Gambar: Shopee

Sewaktu pandemik yang berlangsung ini pastinya ahli keluarga anda turut menggunakan WiFi untuk menjalankan tugasan harian. Penggunaan dalam bilangan yang ramai secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada prestasi internet. Penggunaan alat ini mampu meningkatkan jarak WiFi signal dengan lebih luas bagi memastikan sambungan wireless lebih baik di dalam rumah.

Jumlah bilangan peranti yang boleh ditambah pada sambungan WiFi menerusi model ini adalah sebanyak 64 peranti pada satu-satu masa. Padanan boleh dibuat pada sebarang jenama router dan menyokong kelajuan internet sehingga 300Mbps.

Rekaan yang kompak dapat menjimatkan ruang serta mudah untuk dipasang pada soket plag. Aplikasi Mi WiFi yang tersedia dapat memudahkan anda membuat sebarang tetapan dengan senang. Kini anda boleh dapatkan alat repeater ini di Shopee pada harga serendah RM36.49 sahaja.

5. Ddpai Mini Smart Dash Cam

vocket-tech-news-shopee-5-baru
Sumber Gambar: Shopee

Pada hari ini dash cam sudah menjadi satu perkara yang penting pada setiap kereta. Hal ini kerana rakaman tersebut boleh dijadikan sebagai bahan bukti sekiranya berlaku sebarang kemalangan kelak. Dash cam ini mempunyai rakaman kualiti yang tinggi sehingga 1080p bahkan ia kekal jelas pada waktu malam juga kerana sokongan night vision.

Ditambah pula dengan keluasan sudut rakaman pada 140 darjah yang cukup baik untuk melihat situasi di jalan dengan terperinci. Yang menariknya, dash cam ini hadir dengan G-sensor yang berkemampuan merakam secara automatik apabila terdapat gegaran mengejut yang kuat.

Fungsi WiFi yang sedia terbina memudahkan lagi anda untuk mengakses semua rakaman secara langsung menerusi aplikasi yang disediakan. Aplikasi ini juga memberikan fleksbiliti untuk melakukan sebarang pelarasan tetapan dengan cepat. Anda boleh dapatkan dash cam keluaran Ddpai di Shopee pada harga serendah RM139 sahaja.

6. Apple iPhone 12

vocket-tech-news-shopee-6-baru
Sumber Gambar: Shopee

iPhone 12 merupakan siri model terbaru yang ditawarkan oleh Apple yang menjadi rebutan ramai lagi-lagi apabila boleh didapati pada harga yang lebih murah. Peranti ini hadir dengan cip bionik A14 yang paling berkuasa setakat ini berserta skrin sebesar 6.1 inci Super Retina XDR.

Perlindungan yang mantap dengan Ceramic Shield membuatkan iPhone mampu menyerap impak jatuh 4 kali ganda lebih baik. Dari segi kamera pula, sistem dwi-kamera terbaru dengan kemampuan mengambil gambar pada waktu malam atau sumber cahaya terhad dengan lebih baik. Terdapat ciri rakaman Dolby Vision HDR untuk hasil rakaman video seakan filem.

Tambahan pula, terdapat sokongan pengecasan wireless menerusi aksesori terbaru iaitu MagSafe. Anda boleh merebut peluang ini dengan mendapatkan di Shopee pada harga serendah RM3,489 sahaja.

7. OnePlus Nord CE 5G

vocket-tech-news-shopee-7-baru
Sumber Gambar: Shopee

OnePlus telah menawarkan sebuah peranti mid range yang cukup berkuasa tinggi dengan sokongan rangkaian 5G. Peranti ini hadir dengan skrin sebesar 6.43 FHD+ serta menyokong 90Hz refresh rate. Processor Snapdragon 750G serta dipadankan dengan memori storan sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB antara yang ditawarkan pada model ini.

Selain itu, OnePlus Nord CE 5G hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dan sokongan pengecasan pantas 30W. Kamera model ini ditawarkan dengan tiga sensor iaitu 64MP kamera utama, 8MP ultrawide dan 2MP monochrome. Pada kamera hadapan pula, dilengkapi Sony IMX471 dengan sensor 14MP serta sokongan EIS.

Ciri lain yang boleh dilihat seperti pengimbas jap jari di bawah skrin, NFC dan bicu audio 3.5mm. Pihak OnePlus turut menjanjikan kemas kini sekuriti sehingga 4 tahun. Kini anda berpeluang mendapatkan peranti ini di Shopee dengan harga serendah RM1,499 yang ditawarkan pada tengah malam 8 Ogos ini.

Oleh itu, anda boleh merebut peluang ini untuk mendapatkan barangan yang diminati pada harga yang berbaloi. Anda juga boleh meneroka lebih banyak produk dengan potongan harga besar-besaran di Shopee menerusi jualan 8.8 ini.

Sementara itu, anda boleh meneruskan bacaan seleksi artikel yang terbaru oleh kami melalui pautan di bawah.

AirPods Pro Perkenalkan Fungsi ‘Conversation Boost’ Menerusi Kemas Kini iOS 15

Xiaomi Muncul Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia Buat Pertama Kalinya

Sumber