Macbook Air sudah tidak mendapat kemas kini sejak tahun lalu lagi dan dijangka sedia ditawarkan semula pada tahun ini dengan beberapa pembaharuan padanya. MacBook Air masih menjadi pilihan ramai kerana harga penawaran berbaloi berbanding model lain.

Menerusi perkongsian Bloomberg, Mark Gurman menyasarkan Apple mungkin hanya memperkenalkan Macbook Air generasi baharu pada pertengahan kedua 2022 ini. Macbook Air 2022 kali ini dijangka hadir dengan rekaan baharu, dilengkapi cip Apple M2 serta sokongan Magsafe dengan beberapa pilihan warna yang menarik.

Sumber Gambar: Pocketnow

Pengenalan pada pertengahan kedua juga mungkin sedia dijangka ramai berikutan penjualan penghujung tahun kebiasaannya menjana jumlah jualan yang tinggi buat syarikat. Selain itu, terdapat jangkaan tiada kemas kini buat MacBook Pro 14-inci dan 16-inci kerana dilihat bukan masa yang bersesuaian lagi serta memberi laluan kepada MacBook Air terlebih dahulu.

Bagaimanapun, dikatakan Apple mungkin menawarkan model MacBook Pro dengan skrin 13-inci menggunakan cip Apple M2 pada tahun ini. Anda mungkin hanya berpeluang melihat MacBook Pro 14-inci dan 16-inci pada tahun berikutnya dengan kemas kini cip terbaharu Apple M2 padanya.

Bermula Jun 2022, Apple dijangka menawarkan kesemua produknya menggunakan cip Apple Silicon yang dihasilkan oleh mereka sahaja.

Apple Silicon Bakal Ditawarkan Sepenuhnya Buat Semua Produk Mac Menjelang Jun 2022

Apple Tidak Lagi Akan Menawarkan MacBook Berasaskan Cip Intel Di Malaysia