Apple telah pun menawarkan MacBook Pro secara rasmi buat peminat tempatan pada hari ini. Dan kita sedia melihat penawaran cip yang disertakan hanyalah Apple M1 Pro dan Apple M1 Max. Secara tidak langsung, Apple telah menamatkan penawaran komputer riba dengan cip Intel untuk pasaran Malaysia.

Sementara untuk kesemua model barisan komputer riba baharu yang merangkumi MacBook Air dan MacBook Pro telah menggunakan cip Apple Silicon yang dibangukan oleh Apple sendiri di bawah siri Apple M1. Cip M1 generasi baharu ini telah dinaik taraf untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih mengagumkan.

Sumber Gambar: Pocketlint

Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan komputer Apple berasaskan Intel yang ditawarkan menerusi iMac 27-inci dan mempunyai peratusan tinggi ia bakal dihentikan pada masa kelak. Hal ini kerana iMac 21-inci yang menggunakan cip pemprosesan Intel sudah tidak ditawarkan lagi secara rasmi oleh Apple baru-baru ini.

Cip baharu ini dikatakan mempunyai prestasi yang lebih baik dalam mengendalikan perisian yang berat sementara memastikan penggunaan tenaga yang lebih efisien untuk ketahanan bateri yang lebih lama. Malah, terdapat mod baharu yang bakal dikemas kini pada cip Apple M1 Max untuk menggunakannnya pada tahap yang maksimum.

Sumber Gambar: Apple

Apple dilaporkan sudah berkemampuan menghasilkan cip pemprosesan yang berkuasa tinggi menerusi pengenalan siri cip M1 dan sekaligus tidak perlu bergantung pada syarikat pengeluar yang lain lagi selepas ini.

Dikhabarkan MacBook Air 2022 dijangka hadir dengan pelbagai pilihan warna bersama cip lebih berkuasa iaitu cip Apple M2.

MacBook Air 2022 Bakal Hadir Dengan Pelbagai Pilihan Warna Baharu Bersama Cip Apple M2

Lelaki Ini Kongsi 6 Faktor Penting Yang Membuatkan MacBook Pro Pelaburan Yang Berbaloi

Sumber