Sebahagian daripada anda mungkin sudah menerima iPhone 13 yang telah dipesan atau rancang untuk mendapatkannya dalam masa terdekat. Buat mereka yang gemar menggunakan casing atau kerangka pada telefon pintar mereka, sudah pastinya mahukan kerangkan yang berbaloi dan tampak elegen untuk dipadankan pada mereka

Terdapat pelbagai syarikat pembuat aksesori di luar sana kini menawarkan kerangka iPhone buat model terbaharu ini yang boleh membantu meningkatkan pengayaan serta melindungi peranti daripada kerosakan yang tidak diingini. Berikut merupakan enam case iPhone 13 anda dapatkan dengan mudah menerusi Shopee.

1. Mujjo Full Leather Wallet Case – RM288.34

iphone 13 case berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Jenama Mujjo sangat terkenal dengan aksesori berkualiti tinggi yang ditawarkan buat produk Apple dan kini mereka membawakan beberapa kerangka khas untuk iPhone 13. Pada kali ini, sarung kulit Mujjo hadir dengan ciri perlindungan yang telah dipertingkatkan dengan lebih menyeluruh. Kualiti bahan binaanya juga sedia terbukti sangat premium.

Kerangka iPhone ini juga boleh dikira sebagai 2 in 1 di mana anda boleh mendapatkan perlindungan menyeluruh serta dijadikan sebagai dompet tambahan yang boleh memuatkan beberapa kad bank atau pengenalan bersamanya. Malah, kerangka tersebut masih memberikan pengguna untuk mengecas atau mengakses butang pada bahagian sisi dengan mudah.

Kini anda boleh dapatkan kerangka pelbagai fungsi iPhone 13 keluaran Mujjo pada harga serendah RM228.34 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Mujjo Full Leather Wallet Case

2. iPhone 13 Series Silicone Case With MagSafe – RM199

iphone 13 case berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Terdapat pelbagai sebab mengapa Apple Silicone Case antara pilihan terbaik untuk iPhone 13 anda. Pertama sekali, kerangka ini diperbuat daripada bahan silikon yang berkualiti tinggi dan mempunyai kemasan bertekstur lembut padanya. Maka, ia akan menggengam pada telapak tangan anda dengan pegangan lebih baik dan menggurangkan risiko untuk terjatuh secara tidak sengaja.

Sebuah lagi ciri yang menjadikan kerangka silikon Apple menjadi tumpuan umum adalah keserasian penuh dengan MagSafe. Oleh itu, ia menawarkan pengalaman pemasangan yang lebih baik dan pengecasan tanpa wayar lebih pantas. Dari segi perlindungan pula, silikon iPhone 13 dapat menahan hentaman rendah dan melindungi peranti anda daripada calar.

Buat pengguna siri iPhone 13, kerangka silikon Apple ini dijual pada tanda harga RM199 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang iPhone 13 Series Silicone Case With MagSafe

3. Otterbox Symmetry Case – RM189

iphone 13 case berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Otterbox juga hadir dengan siri Symmetry terbaharu untuk siri iPhone 13 yang boleh dipadankan dengan mudah serta perlindungan yang cukup baik daripada pelbagai senario. Sarung perlindungan ini menampilkan rekaan yang sleek dengan penarafan ketahanan tahap ketenteraan yang boleh menahan impak tiga kali ganda lebih baik menerusinya.

Bahkan, ia hadir dengan teknologi antimicrobial yang berfungsi sebagai pembasmi kuman-kuman pada bahagian luaran kerangka berkenaan. Pengguna juga boleh menikmati pengecasan secara wireless melalui MagSafe tanpa perlu menanggalkan kerangka itu yang turut mempunyai magnet yang kuat padanya untuk pemadanan yang lebih kukuh.

Sekiranya anda berminat dengan Otterbox Symmetry Case, ia sedia ditawarkan pada harga RM189 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Otterbox Symmetry Case

4. Catalyst Influence Series – RM179.95

iphone 13 case berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Sekiranya anda mahukan kerangka perlindungan yang serba boleh, ini antara pilihan yang boleh dipertimbangkan kerana terdapat pelbagai ciri menarik menerusinya. Bahan binaan yang diperbuat daripada polikarbonat yang pasti menjanjikan ketahanan yang baik dalam jangka panjang bersama ciri air-cushioned yang dikatakan perlindungan impak yang lebih baik.

Bahagian belakang yang lutsinar pula boleh mempamerkan warna pilihan iPhone anda dengan jelas dan mempunyai ciri kalis cap jari padanya. Menariknya, kerangka ini boleh meningkatkan kelantangan audio anda menerusi pengubah suaian rekaan pada bahagian pembesar suara tersebut. Kerangka ini juga menyokong pemasang lanyard menerusinya.

Kini anda berpeluang mendapatkan kerangka Catalyst Influence Series yang berharga RM179.95 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Catalyst Influence Series

5. Spigen Rugged Armor Case – RM69

Sumber Gambar: Shopee

Kerangka Spigen ini lebih mengutamakan ciri perlindungan secara menyeluruh buat peranti kesayangan anda. Dengan sudut sisi yang kuat serta panel belakang yang tahan lasak, kerangka ini dapat menangani kejatuhan dengan tidak sengaja. Reka bentuk gentian karbon yang tahan hentaman dengan corak jaring labah-labah akan membantu melindungi iPhone 13 pada setiap masa.

Rugged Armor menampilkan potongan pada logo Apple di bahagian belakang untuk mempamerkan logo ikonik tersebut. Lebih-lebih lagi, bahan TPU yang fleksibel memainkan peranan penting dalam memberikan cengkaman yang selamat untuk mengelakkan terjadinya kerosakan secara tidak sengaja.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan kerangka perlindungan kukuh ini, ia sedia ditawarkan pada harga RM69 di Shopee.

Beli Sekarang Spigen Rugged Armor Case

6. UGREEN Soft Phone Case – RM15

Sumber Gambar: Shopee

UGREEN juga tidak ketinggalan dalam menawarkan pelbagai aksesori berkualiti tinggi buat produk Apple termasuklah kerangka siri iPhone 13. Kerangka lustsinar ini sesuai untuk mereka yang mahukan perlindungan sementara melihat kecantikan warna dan rekaan peranti dengan jelas pada setiap masa. Ciri keselamatan masih diberi keutamaan walaupun ditawarkan pada harga rendah.

Untuk memastikan ia boleh menahan impak jatuh dengan lebih baik, UGREEN telah menambah ketebalan kerangka pada bahagian skrin dan lensa kameranya. Disebabkan diperbuat dengan bahan yang lembut, anda boleh menanggalkan kerangka ini dengan mudah dan boleh menyokong pengecasan tanpa wayar MagSafe.

Kini anda boleh mendapatkan sebuah case iPhone 13 dengan perlindungan yang optimum dan menyerlahkan kecantikkan peranti anda semurah RM15 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang UGREEN Soft Phone Case

Sebagai langkah berjaga-jaga, kini anda sudah berpeluang mendapatkan kerangka siri iPhone 13 pada pelbagai penawaran harga mengikut bajet anda serta masih mempunyai ciri keselamatan untuk tampil bergaya apabila dipakai bersamanya.

Ketahui 5 case iPhone termahal di dunia khas buat golongan yang tampil unik berbanding orang lain.

5 ‘Case’ iPhone Termahal Dunia Khas Buat Golongan Bangsawan Yang Mahu Tampil Unik

7 Case iPhone Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

Sumber