Apple pada sebelum ini sudahpun menyasarkan untuk melakukan peralihan kepada cip Apple Silicon yang dibangunkan oleh mereka selama bertahun-tahun pada produknya. Ini bermaksud bahawa Apple hanya menawarkan semua produk mereka menggunakan cip mereka sahaja dan tidak menggunakan lagi cip Intel seperti sebelum ini.

Pada pengenalan produk mereka kali ini, anda sendiri boleh melihat barisan MacBook Air, MacBook Pro, iMac dan Mac Mini sudah beralih menggunakan cip ciptaan mereka sendiri yang lebih bekuasa tinggi. Menerusi perkembagan ini, Apple dijangka sedia memperkenalkan Mac Pro, Mac Mini dan juga iMac Pro pada tahun 2022 ini.

Sumber Gambar: Apple

Berdasarkan jangkaan Bloomberg, Apple dijangka melakukan peralihan sepenuhnya menjelang acara WWDC 2022 ini yang dijangka bakal diadakan pada Jun kelak. Jika spekulasi ini memang benar, maka kita bakal lihat pelbagai barisan produk Mac yang diperkenalkan pertengahan pertama 2022 menggunakan cip ciptaannya.

Selain itu, Apple juga dikhabarkan sudahpun membangunkan cip M2 yang lebih berkuasa daripada M1 dengan jangkaan pengenalan pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut daripada Apple apabila ia ditawarkan secara rasmi kelak.

Menerusi Apple MacBook Pro berasaskan cip 1 M1 Max terkini, mereka boleh menikmati fungsi High Power Mode untuk mengendalikan tugasan berat dengan lancar.

Apple MacBook Pro Dengan Cip M1 Max Bakal Ditawarkan Fungsi ‘High Power Mode’

Apple MacBook Pro Dengan Pilihan Spesifikasi Tertinggi Ditawarkan Dengan Harga RM25,199

Sumber