Pemegang telefon berkualiti sudah menjadi satu perkara penting untuk setiap pemandu terutamanya jika anda sering menggunakan sistem navigasi GPS. Malah, anda juga boleh membuat panggilan dengan selamat tanpa perlu memegang telefon pintar lagi.

Cara selamat semasa menggunakan telefon pintar di jalan raya perlu dipertimbangkan untuk kebaikan anda dan juga pengguna jalan raya yang lain. Oleh hal yang demikian, mari kita lihat lima pemegang telefon berkualiti dan berbaloi untuk didapatkan menerusi Shopee.

1. Joyroom Car Phone Holder

pemegang telefon berkualiti
Sumber Gambar: Shopee

Salah satu pemegang telefon bajet yang berbaloi didapatkan adalah Joyroom Car Phone Holder. Model ini mempunyai pelekap yang sangat kuat berserta kukuh untuk memastikan peranti anda kekal di pemegang walau sering bergegar. Malah, pelekapnya sangat juga sangat fleksible untuk diletakkan pada dashboard, cermin depan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, pemegang ini juga mudah dikendalikan dengan satu tangan sahaja. Spesifikasi lain yang ditawarkan adalah sokongan pemegang untuk peranti bersaiz 6.7-inci dan ke bawah. Selain itu, anda juga boleh melaraskan kedudukan dan sudut peranti mengikut keselesaan masing-masing.

Jika anda berminat dengan pemegang telefon bajet ini, kini sedia ditawarkan dengan harga RM13.03 sahaja di Shopee

Beli Sekarang Joyroom Car Phone Holder

2. Baseus Car Phone Holder

pemegang telefon berkualiti
Sumber Gambar: Shopee

Antara jenama yang dipercayai iaitu Baseus juga ada menawarkan sebuah pemegang telefon yang baik. Pemegang ini mempunyai rekaan yang sangat praktikal serta diperbuat daripada bahan binaan yang kukuh untuk memegang peranti dengan baik. Malah, terdapat ruangan port khas yang disediakan bagi memudahkan pengecasan menerusinya.

Model ini juga mempunyai pelekap yang mantap untuk memastikan peranti yang dipegang akan sentiasa berada di dalam posisi yang ditetapkan. Ditambah pula pemegang ini mampu berputar 360Ā° serta boleh dicondong secara fleksibelĀ  dan juga boleh memuatkan telefon pintar yang mempunyai skrin luas.

Anda boleh dapatkan pemegang telefon keluaran Baseus dengan harga RM32.14 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Baseus Car Phone Holder

3. UGREEN Phone Holder

Sumber Gambar: Shopee

Seperti Baseus, UGREEN juga menjadi pilihan pengguna dalam mendapatkan aksesori pemegang telefon yang berkualiti. Pemegang telefon yang ditawarkan tampak premium dengan binaan kukuh sesuai untuk kegunaan seharian anda. Pelekap yang besar membuatkan ia sangat stabil untuk memegang peranti walau sedang melalui kawasan tidak rata.

Selain daripada itu, pemegang ini membolehkan anda melaras sebarang posisi dengan mudah mengikut keselesaan pandangan anda. Menariknya, pemegang ini boleh menampung peranti yang bersaiz sehingga 7.2-inci. Telefon pintar juga mudah untuk dikunci atau diambil pada pemegang ini menerusi butang khas yang disediakan.

UGREEN Phone Holder ini sedia dijual dengan harga RM32.97 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang UGREEN Phone Holder

4. Lisen Mobile Phone Holder

Sumber Gambar: Shopee

Pemegang telefon keluaran Lisen juga antara pilihan yang boleh dipertimbangkan kerana terdapat sejumlah ciri menarik yang ditawarkan. Pemegang ini mudah untuk digunakan dan dipasang kerana menggunakan jenis klip. Untuk memastikan peranti anda dipegang dengan kuat, terdapat enam magnet kuat tersedia padanya.

Di samping itu, anda boleh melaras kedudukan telefon sama ada dalam posisi melintang atau menegak. Pemegang ini dapat disesuaikan secara fleksibel untuk sudut yang optiumum. Tambahan pula, pemegangnya boleh digunakan secara universal dan sesuai untuk pelbagai telefon pintar.

Anda boleh dapatkan Lisen Mobile Phone Holder yang berharga RM43.25 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Car Magnetic Mobile Phone Holder

5. andobil Mobile Phone Holder

Sumber gambar: Shopee

Akhir sekali, sebuah lagi pemegang telefon yang berbaloi untuk didapatkan oleh para pengguna. Pemegang andobil mempunyai binaan yang kukuh serta pelekap yang kuat untuk memastikan peranti yang diletakkan kekal stabil. Selain itu, pemegang ini juga boleh menampung pelbagai saiz peranti.

Selain mempunyai rekaan yang kompak, anda juga bebas melaraskan kedudukan dan sudut pandangan mengikut kehendak masing-masing. Untuk melindungi peranti ada daripada calar dan seumpamanya, pada bahagian dalam pemegang menggunakan silikon lembut. Model ini juga boleh tahan lama dan fleksible bagi kegunaan seharian anda.

Jika anda mahu mendapatkan andobil Mobile Phone Holder, kini ia dijual pada harga RM49.19 di Shopee.

Beli Sekarang andobil Mobile Phone Holder

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Baseus sangat berbaloi untuk didapatkan memandangkan ia mempunyai penawaran spesifikasi serta multifungsi untuk kegunaan seharian. Selain menepati keperluan pengguna, terdapat sejumlah maklum balas yang berpuas hati dengan produk tersebut.

Diharapkan agar perkongsian berkaitan pemegang telefon ini mampu membantu anda bagi meningkatkan kualiti pemanduan seharian. Jikalau anda memandu dan memerlukan bantuan Waze atau menerima panggilan, sebaiknya anda mendapatkan sebuah pemegang telefon sebagai langkah berjaga-jaga di jalan raya.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan juga dashcam terbaik menerusi Shopee dengan klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.

Berbaloi Dan Tahan Lasak, Ini 6 Dashcam Berbaloi Didapatkan Dengan Kualiti Video Yang Baik

6 CCTV Yang Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Pengawasan Keselamatan Sekitar Rumah Anda

Sumber