Pada hari ini orang ramai lebih selesa menikmati pembelian barangan menerusi gedung di dalam talian oleh kerana mudah serta menjimatkan masa. Dalam pada itu, sebahagian penjual telah menawarkan sebahagian produk mereka seperti kad memori tiruan kepada pengguna bagi mengaut keuntungan yang tinggi dengan mudah.

Menerusi perkongsian akaun Aiman Sabqi di Facebook, beliau telah menceritakan bagaimana kad memori tiruan dijual secara meluas menerusi platform Shopee. Penawaran harga yang diletakkan pada kad memori berkapasiti sebesar 500GB tersebut didapati sangat rendah berbanding harga semasa di pasaran.

kad memori sd tiruan
Sumber Gambar: Facebook aimansabqi89

Kedai yang menawarkan kad memori tersebut juga telah menerima review dan rating yang tinggi membuatkan ianya sangat dipercayai. Rata-rata komentar daripada pelanggan sebelum ini sangat berpuas hati kerana produk berkenaan boleh digunakan seperti biasa serta penghantaran yang pantas.

Beliau berasa musykil dengan penawaran kad memori sebesar 500GB yang boleh didapati pada harga serendah RM97 sahaja. Penjual juga sangat yakin dengan mencabar pengguna untuk membuat ujian pada kad memori itu untuk membuktikan keaslian produknya.

kad memori sd tiruan
Sumber Gambar: Facebook Aimansabqi

Oleh kerana rasa ingin tahu tentang keaslian kad memori berkenaan, beliau telah membeli kad memori berkenaan daripada kedai yang tersebut. Sejurus menerima produk yang dibeli, beliau sudah boleh mengesan kad memori tersebut adalah palsu lebih-lebih lagi apabila cetakan tulisan yang berkualiti rendah pada bungkusan berbanding iklan yang dipaparkan.

Beliau kemudiannya telah menjalankan ujian HT2TESTW menerusi laptop untuk melihat sejauh mana kebenaran kapasiti ruang storan seperti yang diperkatakan oleh penjual berkenaan. Ujian HT2TESTW merupakan satu alat yang digunakan bagi mengesan jumlah kapasiti ruang peranti storan yang sebenar.

kad memori sd tiruan
Sumber Gambar: Facebok aimansabqi

Tempoh ujian ini dijalankan telah memakan tempoh seharian. Hal ini yang membuatkan si penjual sangat yakin dengan cabaran yang dilontarkan kerana sudah pasti pengguna tidak akan membuat sebarang ujian pada kad memori yang dijualnya.

Setelah selesai menjalankan ujian berkenaan, dapatan keputusan menunjukkan ianya boleh memuatkan fail sehingga 500GB dan ujian penyalinan berjaya sampai tahap kapasiti sepenuhnya.

Perkara ini sekaligus membuktikan kad memori tiruan kini sudah mampu menipu kapasiti storan menerusi perisian komputer. Akan tetapi dalam ujian pengesahan seterusnya, kad memori ini nampaknya sudah boleh dikesan kapasiti storan yang sebenar di dalamnya apabila gagal menyimpan fail yang dimasukkan secara keseluruhan.

Sumber Gambar: Facebook aimansabqi

Didapati hanya sekitar 58GB sahaja fail yang berjaya disimpan menerusinya dan sebahagian besar jumlah fail lain yang dimasukkan menghadapi masalah rosak atau tidak boleh dibaca. Selepas itu, beliau menghantar mesej berserta bukti ujian yang dijalankan kepada penjual.

Si penjual terus memulangkan semula wang pembelian dan juga tidak perlu mengembalikan kad memori tiruan tersebut. Beliau juga masih berhak membuat tuntutan refund memandangkan masih belum menekan butang terima lagi di Shopee.

Sumber Gambar: Facebook aimansabqi

Beliau secara tidak langsung berjaya mendapatkan wang miliknya semula dan sekaligus berjaya membuktikan keaslian produk tanpa bergantung kepada review dan rating semata-mata. Beliau mengingatkan kepada semua pengguna untuk lebih cakna apabila ingin membuat suatu pembelian terutamanya barangan storan data di atas talian.

Sebagai pengguna yang bijak, anda perlu berfikiran rasional apabila membuat suatu pembelian di dalam talian lebih-lebih lagi apabila harga yang tidak ditawarkan didapati sangat rendah. Anda boleh memeriksa terlebih dahulu harga pasaran semasa sesuatu produk di internet atau bertanya kepada mereka yang lebih arif sebelum membuat pembelian.

Sekiranya anda berminat untuk membeli kad memori yang asli, boleh dapatkan secara terus di kedai rasmi jenama pengeluar menerusi Shopee seperti SanDisk, Lexar dan Transcend.

Ketahui enam telefon pintar di bawah RM1,500 yang berbaloi anda dapatkan bersempena jualan Shopee 9.9 pada kali ini.

6 Telefon Pintar Di Bawah RM1,500 Yang Berbaloi Anda Dapatkan Pada Jualan Shopee 9.9

7 Case iPhone Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

Sumber