Shopee sememangnya sebuah laman e-dagang popular dalam menawarkan pelbagai barangan dengan mudah seperti tetikus, komputer riba dan sebagainya. Dalam pada itu, terdapat sebahagian penjual yang mengambil kesempatan dengan menjual mouse tiruan kepada pengguna di luar sana.

Perkongisan mengenai isu hangat ini dikongsikan oleh ahli Facebook PC Gaming Community Malaysia iaitu Saiful Raznan yang telah menceritakan pengalaman membeli mouse tiruan di Shopee. Lebih mengejutkan, ramai di kalangan pengguna telah membelinya tanpa menyedari keaslian produk yang ditawarkan tersebut.

mouse tiruan
Sumber Gambar: Facebook PC Gaming Community Malaysia

Isu ini bermula apabila beliau ingin mencari sebuah tetikus Logitech G703 daripada laman Shopee bagi menggantikan tetikus lamanya yang sudah tidak boleh berfungsi dengan baik.

Sewaktu membuat carian di Shopee, didapati seorang penjual telah menawarkan model berkenaan pada harga sekitar RM79 sahaja. Perkara ini telah menimbulkan rasa sangsi ekoran tetikus berprestasi tinggi ini sedia dijual pada harga yang terlalu rendah.

Malah, penjual tersebut mempunyai rekod yang baik dengan rating serta maklum balas yang positif daripada pembeli sebelumnya. Beliau kemudiannya telah berhubung bersama penjual itu bagi mengetahui tentang penawaran model tersebut.

Mouse tiruan
Sumber Gambar: Facebook PC Gaming Community Malaysia

Penjual tersebut telah memberitahu bahawa terdapat jualan istimewa untuk 10 unit sahaja dan diakui ia sememangnya asli. Beliau lalu membelinya serta menerima tetikus yang dipesan dan terbukti ia sebuah mouse tiruan seperti yang dijangkakan.

Perbandingan telah dibuat dengan teliti antara tetikus miliknya yang sudah berusia hampir 4 tahun. Hasilnya sangatlah berbeza daripada segi kualiti binaan mahupun kemasan. Tanpa berlengah lagi, beliau lantas menghubungi semula si penjual dan memberi segala bukti untuk meminta refund.

Penjual tersebut difahamkan tanpa sebarang penjelasan terus menerima permintaan beliau. Tindakan ini memberi tanggapan bahawa penjual sudah mengetahui produk yang ditawarkan adalah tiruan tetapi masih dijual kepada umum serta mendakwanya sebagai model original.

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan model Logitech G703 yang asli dan tiruan di mana model yang asli berada di sebelah kiri manakala model tiruan berada di sebelah kanan.

Sumber Gambar: Facebook PC Gaming Community Malaysia
Sumber Gambar: Facebook PC Gaming Community Malaysia

Mengikut harga pasaran semasa untuk model Logitech G703, tetikus ini mempunyai tanda harga sekitar RM330. Secara logiknya, mana mungkin ia boleh ditawarkan pada harga yang sangat rendah sekiranya produk tersebut adalah asli. Malah, pengguna juga boleh merasai prestasi penggunaan yang sangat berbeza sekiranya dibandingkan dengan yang asli.

Sebagai pengguna yang bijak, para pengguna seharusnya memeriksa terlebih dahulu produk yang ingin dibeli supaya tidak menjadi mangsa penipuan barangan tiruan. Hal ini sekaligus boleh membanteras kegiatan produk tiruan daripada berleluasa dalam talian.

Sebelum ini juga, terdapat scam penjualan kad memori tiruan yang turut dikesan di Shopee dengan hampir 16,000 unit.

Terjual Hampir 16,000 Unit, Lelaki Ini Dedahkan Tentang ‘Scam’ Penjualan Kad Memori Tiruan

https://www.thevocket.com/belum-selesai-isu-reseller-jenama-sambal-di-china-gunakan-nama-khairulaming-untuk-lariskan-produk/

Sumber