Dashcam sudah menjadi salah satu aksesori wajib bagi semua pengguna jalan raya. Malah, dengan memasangnya ia boleh merakam kemalangan yang berlaku kepada kereta peribadi mahupun di kawasan berdekatan. Jadi, anda boleh pertimbangkan mendapatkan sebuah dashcam berbaloi sekiranya masih belum tersedia pada kereta peribadi.

Dalam masa yang sama, video yang dirakam juga boleh dijadikan bahan bukti bagaimana kemalangan terjadi serta boleh memudahkan tuntutan insuran bagi tujuan pembaikian kelak. Mari kita lihat beberapa pilihan dashcam berbaloi yang ditawarkan menerusi Shopee.

1. Anytek 5+ Dashcam

dashcam berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, terdapat sebuah dashcam multi fungsi yang ditawarkan oleh Anytek pada harga berpatutan. Kamera ini boleh merakam video dengan kualiti Full HD 1080P pada bahagian depan dan belakang berserta sokongan night vision untuk rakaman jelas di waktu malam. Ditambah pula kemampuan merakam pada setiap masa semasa kereta anda di tempat letak kenderaan.

Malah, model ini sedia beroperasi pada suhu yang ekstrem sekaligus memberikan ketahanan untuk jangka masa panjang. Kehadiran G-sensor membolehkan ia merakam dengan jelas jika berlakunya kemalangan. Anda juga boleh melihat gambar di bahagian depan dan belakang pada skrin untuk melihat sebarang objek di jalan dengan mudah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Anytek 5+ Dashcam, kini boleh didapatkan pada harga serendah RM130 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Anytek 5+ Dashcam

2. Safecam V20 Pro Dual Camera 

dashcam berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Safecam juga merupakan antara pilihan dashcam yang laris pada ketika ini oleh kerana pelbagai fungsi yang disertakan serta berkualiti tinggi untuk penggunaan jangka masa panjang. Kamera yang ditawarkan mempunyai resolusi setinggi 1080P dengan kelebaran pandangan sehingga 170° .

Selain itu, terdapat juga fungsi WiFi yang boleh dipautkan pada aplikasi telefon pintar lalu mengakses atau memuat turun video rakaman secara terus dengan mudah. Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan rakaman dengan jelas pada kawasan yang gelap disebabkan adanya Super Night Mode.

Model Safecam V20 Pro Dual Camera ini sedia ditawarkan dengan harga RM179 sahaja melalui Shopee pada hari ini.

Beli Sekarang Safecam V20 Pro Dual Camera

3. Blueskyea B1W Mini Dash Cam

Sumber Gambar: Shopee

Model dashcam ini juga merupakan antara pilihan pengguna di luar sana kerana kelebaran darjah pandangan serta harga berpatutan. Blueskyea mini dashcam ini dilengkapi dengan 156° pandangan dan resolusi 1080P. Dengan kelebaran darjah pandangan tersebut sudah pasti dijamin hasil video output yang sangat luas.

Ditambah pula model ini juga didatangkan dengan cip pemproses dan sensor yang baik untuk memproses output video dengan pantas. Selain itu, dashcam ini juga hadir dengan beberapa ciri menarik termasuklah mikrofon dalaman, wifi connection mode dan parking mode seperti yang ditawarkan dengan harga yang lebih mahal.

Untuk anda yang mahukan sebuah dashcam dengan saiz yang kompak dalam masa yang sama dibekalkan pelbagai ciri menarik, kini telah dijual dengan harga RM190 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Blueskyea B1W Mini Dash Cam

4. DDPAI Z40 Dual Dash Cam 

dashcam berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Sudah menjadi nama yang lazim apabila bercakap mengenai dashcam iaitu DDPAI. Antara model dashcam berbaloi yang ditawarkan adalah Z40 dual dash cam yang mana dilengkapi dengan resolusi 1499P UHD serta mikrofon dalaman terbina dan juga kelebaran lensa seluas 140° bagi kamera hadapan dan 125° di bahagina belakang.

Terdapat juga sokongan sistem bantuan pemanduan (ADAS) untuk memberi amaran apabila terdapat situasi berpotensi kemalangan dan juga teknologi G-Sensor dari Sony. Malah, anda boleh memeriksa kenderaan kereta dengan mudah kerana terdapat sambungan WiFi serta hadir dengan sokongan kad SD 128GB untuk penyimpanan rakaman video yang lebih banyak.

Model DDPAI Z40 Dual Dash Cam ini boleh didapatkan pada harga RM259 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang DDPAI Z40 Dual Dash Cam

5. HP F560X Dash Cam Car Recorder 

Sumber Gambar: Shopee

HP juga sedia menawarkan sebuah dashcam yang serba canggih selain daripada komputer dan sebagainya. Kita sedia maklum produk yang ditawarkan sudah pasti berkualiti tinggi seperti dashcam ini yang mana dilengkapi dengan sensor Sony untuk merakam video pada kualiti tinggi dalam sebarang tahap pencahayaan dengan sokongan sensor ultra lebar juga.

Menariknya, ia juga boleh berfungsi sebagai penjejak kenderaan kerana boleh mengesan lokasi sebenar menerusi teknologi GPS yang ditawarkan. Ditambah pula mikrofon dalaman yang terbina boleh menghasilkan output audio yang lebih baik pada rakaman sesebuah video.

Model dashcam keluaran HP yang mempunyai ciri multifungsi ini boleh didapatkan pada harga RM299 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang HP F560X Dash Cam Car Recorder 

6. 70mai A800S Dash Cam

Sumber Gambar: Shopee

Model 70mai A800s Dash Cam ini merupakan model paling mahal di dalam senarai oleh kerana tawaran pelbagai fungsi yang serba lengkap untuk memenuhi keperluan seharian pengguna. Dari segi kamera sahaja, ia didatangkan dengan sensor Sony yang mampu merakam video 4K UHD dengan sudut lebar 140° FOV.

Terdapat perlindungan rakaman 24jam semasa kereta anda diletakkan pada ruangan letak kenderaan serta sokongan GPS tersedia untuk memudahkan anda melihat atau mengawal dari peranti yang digunakan. Anda juga boleh menyimpan video dengan menggunakan WiFi menerusi aplikasi yang disediakan.

Anda boleh memiliki sebuah dashcam yang menyokong rakaman resolusi sehingga 4K serta sistem audio yang baik dengan harga RM469 menerusi Shopee.

Beli Sekarang 70mai A800s Dash Cam

Berdasarkan senarai di atas, dashcam yang dikira berbaloi serta dilengkapi pelbagai fungsi seperti model yang lebih mahal adalah HP F560X Dash Cam Car Recoder. Dengan harga di bawah RM300 sahaja, anda boleh menikmati sejumlah fungsi menarik serta kualiti yang baik.

Diharapkan dengan senarai yang dikongsikan boleh memudahkan anda membuat pemilihan dashcam yang boleh memenuhi keperluan anda. Penggunaan dashcam sememangnya digalakkan lebih-lebih lagi apabila jumlah kenderaan serta pemandu yang meningkat pada saban hari.

Sementara itu, anda juga boleh melihat senarai lima earbuds terbaik yang sedia dijual pada harga bawah RM60 menerusi Shopee sahaja.

5 Earbuds Berbaloi Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga Serendah RM53.90 Di Shopee

6 Speaker Bluetooth Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Serendah RM49 Sahaja

Sumber