Speaker bluetooth adalah pilihan para pengguna pada hari ini yang mahu mendengar muzik walau di mana jua. Bahkan, audio yang dihasilkan juga sudah mampu menyamai seperti speaker yang menggunakan kabel. Terdapat pelbagai bluetooth speaker terbaik yang ditawarkan di dalam pasaran ketika ini.

Ditambah pula kini anda boleh memiliki sebuah bluetooth speaker yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Berikut merupakan senarai enam penawaran bluetooth speaker terbaik di Malaysia yang boleh didapatkan pada harga berbaloi di Shopee sahaja.

1. Xiaomi Mi Compact 2

bluetooth speaker terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Xiaomi Mi Compact 2 adalah pilihan bluetooth speaker terbaik untuk mereka yang mahu berjimat sementera menikmati sejumlah ciri menarik menerusinya. Rekaan model ini sangatlah kompak sekaligus memudahkan ia dibawa ke mana sahaja. Walaupun hadir dengan rekaan kecil, ia masih boleh menghasilkan bunyi yang jelas.

Selain itu, Mi Compact ini didatangkan dengan Bluetooth 4.2 yang mana boleh dipautkan pada peranti lain dengan pantas serta sedia mikrofon terbina untuk menjawab panggilan melaluinya. Malahan, model ini juga berkemampuan memainkan sebarang konten dengan jarak sejauh 10 meter daripadanya.

Jika anda mahukan sebuah bluetooth speaker yang mesra poket dan berkualiti ini, kini boleh didapatkan pada harga serendah Xiaomi Mi Compact 2 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Compact 2

2. Bluetooth Speaker Anker A3109

bluetooth speaker terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Terdapat pelbagai ciri menarik yang ditawarkan oleh Anker menerusi speaker model A3109 ini. Speaker hadir dengan rekaan premium bersama kemampuan bateri sehingga 12 jam penggunaan. Untuk anda yang mengemari bass yang padu, speaker ini turut dilengkapi BassUp Technology yang boleh memainkan lagu dengan lebih syahdu.

Bahkan, terdapat ciri kalis IPX7 kalis air yang sememangnya lebih tahan lasak dan boleh digunakan di dalam pelbagai situasi. Di samping itu, anda juga berupaya memberikan arahan melalui suara kepada speaker tersebut. Teknologi WiFi 4.2 juga bakal menjanjikan audio yang dimainkan lebih lancar pada setiap masa.

Kini anda boleh dapatkan sebuah bluetooth speaker terbaik dengan penawaran harga RM145.29 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Bluetooth Speaker Anker A3109

3. Sony SRS XB-12

bluetooth speaker terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Sony bukan nama asing lagi dalam dunia audio yang mana sistem speaker mereka sering menjadi pilihan utama oleh pelanggan. Model ini mempunyai rekaan yang kompak namun masih menjanjikan pengalaman menikmati audio yang baik dengan adanya ciri teknologi Extra Bass padanya. Selain itu, ia juga boleh memainkan musik sehingga 26 jam menerusinya.

Kehadiran ciri kalis air dan debu menjadikan speaker ini sangatlah bersesuaian dibawa pada aktiviti outdoor serta boleh digantung pada anda kerana terdapat tali strap yang padanya. Rekaan yang kecil serta ringgan lantas memudahkan anda membawa speaker tersebut ke mana sahaja tanpa menggangu aktiviti yang dilakukan.

Sekiranya anda berminat dengan Sony SRS-XB 12 ini, boleh dapatkan di Shopee pada harga tawaran Sony SRS XB-12 sahaja.

Beli Sekarang Sony SRS-XB

4. JBL Go 3 Portable Waterproof Speaker

Sumber Gambar: Shopee

Selain Sony, anda juga boleh mencuba sebuah bluetooth speaker keluaran syarikat JBL yang mana sudah berkecimpung industri audio sejak sekian lama. Kini mereka menawarkan sebuah model speaker yang sangat berkuasa dengan saiz yang kecil sahaja. Model ini mempunyai teknologi JBL Pro Sound yang boleh meningkatkan lagi prestasi hasil audio.

Dilengkapi pula dengan bateri sebesar 555mAh yang boleh mengharungi selama lima jam penggunaan dengan kemampuan cas penuh sekitar dua jam sahaja. Anda juga boleh memuatkan speaker ini dengan pada poket atau ruangan kecil bag. Menariknya, terdapat ciri kalis air dan debu yang sesuai untuk dibawa di dalam aktiviti lasak.

Model ini sedia ditawarkan pada harga sekitar JBL Go 3 Portable Waterproof Speaker sahaja menerusi Shopee pada hari ini.

Beli Sekarang JBL GO 3 Portable Waterproof Speaker

5. Tribit MaxSound Plus

Sumber Gambar: Shopee

Sementara itu, Tribit MaxSound Plus juga adalah pilihan terbaik yang boleh didapati pada hari ini. Kekuatan yang terdapat pada model ini adalah bateri berkapasiti besar yang mana mampu memainkan muzik selama 20 jam. Maka, anda boleh menggunakannya sepanjang hari tanpa perlu dicas berulang kali.

Ditambah pula teknologi bass yang turut disertakan mampu menghasilkan audio yang harmoni serta memukau pada sebarang genre yang dipasang. Anda juga boleh bergerak bersama peranti yang dipautkan pada bluetooth speaker tersebut sejauh 10 meter dan masih boleh mendengar dengan jelas dan lancar.

Sekiranya anda mahukan sebuah speaker yang boleh tahan lama dan lasak, Tribit MaxSound Plus sedia didapatkan pada harga Tribit MaxSound Plus melalui Shopee.

Beli Sekarang Tribit MaxSound Plus

6. Edifier MP280

Sumber Gambar: Shopee

Model Edifier MP280 ini juga merupakan salah satu speaker terlaris di pasaran. Model ini hadir dengan rekaan silinder yang mampu menghasilkan audio yang memuaskan di kawasan berdekatan. Ditambah pula kemampuan memainkan muzik selama 10 jam secara berterusan yang mana bersesuaian untuk dibawa ke camping atau melancong.

Speaker ini juga menggunakan teknologi Bluetooth 4.0 yang boleh disambungkan pada sejumlah peranti lalu memainkan sebarang konten dengan kualiti audio terbaik walaupun berada sejauh 10 meter. Menariknya, anda juga boleh menjadikan is sebagai powerbank kecemasan kerana terdapat kabel pengecasan yang disediakan untuk peranti anda.

Kini Edifier MP280 boleh didapati pada harga Edifier MP280sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Edifier MP280

Berdasarkan senarai di atas, Xiaomi Mi Compact 2 sangat berbaloi didapatkan jika bajet anda terhad namun masih mahukan sebuah speaker yang multifungsi menerusinya. Sementara untuk anda yang mahukan sesuatu yang lebih ekstrem dan tempoh penggunaan yang lama, sebaiknya dapatkan Tribit MaxSound Plus.

Diharapkan anda boleh membuat pilihan dengan mudah dengan adanya senarai yang dikongsikan oleh kami. Dalam masa yang sama, jenama yang dipilih juga adalah dipercayai yang sekaligus mudah mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi sebarang masalah.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui senarai media streaming mampu milik dengan sokong AirPlay untuk memainkan hiburan yang diingini di televisyen anda.

5 Media Streaming Mampu Milik Yang Sedia Menawarkan Sokongan AirPlay

Serba Lengkap Dan Berbaloi, Set Kabel Pelbagai Fungsi Ini Pastinya Memudahkan Aktiviti Seharian Anda

Sumber