Earbuds kini sememangnya menjadi pilihan kebanyakkan daripada kita kerana ia memberi kemudahan mendengar muzik tanpa perlu risau kabel wayar yang berselirat seperti dahulu lagi. Jika dulu earbuds dilihat hanya dimiliki oleh mereka yang berduit, pada hari ini anda juga berpeluang mendapatkan earbuds berbaloi pada harga berpatutan.

Bagaimanapun, sebahagian daripada kita pasti sudah menghadapi kesukaran untuk memilih sejumlah earbuds yang ditawarkan pada hari ini. Jadi kami sediakan sebanyak lima pilihan earbuds berbaloi yang boleh didapati dengan harga marhaen sahaja di platform jualan kegemaran ramai iaitu Shopee.

1. Baseus Encok WM01 Wireless Earbuds

Sumber Gambar: Shopee

Model keluaran Baseus ini merupakan salah satu earbuds terlaris di pasaran ketika ini. Walaupun harga yang ditawarkan sangat mampu milik, Baseus sedia membawakan ciri dan kualiti yang berbaloi. Earbuds ini mempunyai ketahanan bateri sehingga tujuh jam dan pengecasan penuh sekitar satu jam setengah sahaja.

Menariknya, anda masih boleh menikmati ciri kawalan dengan sentuhan untuk menjawab panggilan serta memainkan atau menukar lagu yang sedang didengari. Anda juga masih boleh mendengar lagu atau media yang dimainkan dengan lancar daripada peranti utama sejauh 10 meter.

Jika anda mahukan sebuah earbuds yang murah dalam masa yang sama berkualiti tinggi, boleh didapatkan pada harga serendah RM53.90 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Baseus Encok WM01 Wireless Earbuds

 2. realme Buds Q2

earbuds berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Antara jenama pengeluar yang giat menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga mesra poket sudah semestinya realme. Model ini merupakan jenis in-ear yang sangat versatil serta ringan sekaligus sedap dipakai untuk jangka masa panjang. Kekuatan model ini adalah ciri Dynamic Bass Boost Drive yang membuatkan bunyi bass yang dihasilkan sangat padu.

Earbuds ini juga mempunyai latensi yang sangat rendah lantas sesuai untuk digunakan bagi gaming. Bateri pula masih boleh bertahan selama lima jam untuk memainkan musik. Terdapat ciri lain iaitu kalis air dan kawalan sentuhan pintar untuk menjawab panggilan, mengawal tahap audio dan bermacam lagi.

Ini pilihan terbaik untuk anda yang mahukan sebuah earbuds serba guna yang sedia ditawarkan pada harga RM77 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang realme Buds Q2

 3. Tronsmart Onyx Ace TWS

earbuds berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, terdapat satu lagi model earbuds yang boleh didapatkan kerana boleh digunakan untuk pelbagai tujuan menerusinya. Model Tronsmart Onyx Ace TWS ini hadir dengan ciri noise cancellation yang boleh menjanjikan pengalaman mendengar muzik dengan baik sementara bunyi persekitaran terhalang daripada memasukinya.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan earbuds ini sehingga lima jam penggunaan menerusinya. Tambahan pula, ia juga mempunyai mikrofon terbina yang boleh menghasilkan audio yang baik dan jelas apabila menjawab panggilan. Rekaan yang ergonomik sekaligus mengelakkan masalah sakit telinga sewaktu digunakan.

Sekiranya anda berminat dengan model Tronsmart Onyx Ace TWS ini, kini boleh didapatkan pada harga RM159 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Tronsmart Onyx Ace TWS

4. JBL Wave 100 TWS

Sumber Gambar: Shopee

JBL bukan nama asing lagi di dalam industri audio yang mana sudah pasti produk yang ditawarkan sangat berkualiti namun masih mengekalkan harga yang berbaloi. Saiznya yang kecil sememangnya sedap untuk dipakai malahan pada masa yang sama ia sangat kedap bunyi sekaligus dapat mengurangkan bunyi persekitaran pengguna.

Audio yang dihasilkan pula memang padu dan jelas yang membuatkan ia sesuai digunakan di dalam urusan seharian anda. Ketahanan bateri juga sama seperti majoriti earbuds lain iaitu sekitar lima jam. Anda juga boleh padankan pada sebarang peranti dengan mudah.

Earbuds keluaran JBL ini telah ditawarkan dengan harga RM169 sahaja melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang JBL Wave 100 TWS 

5. Edifier TWS200 Plus Wireless

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, model ini merupakan salah satu alternatif terbaik yang ditawarkan di pasaran oleh pengeluar Edifier. Earbuds Edifier ini mampu menghasilkan audio yang cukup baik oleh kerana teknologi aptX Audio Decoding. Model ini juga hadir dengan noise cancelling jadi bunyi jadi lebih kuat tanpa perlu naikkan tahap audio terumatanya sewaktu panggilan video.

Dari segi bateri, model ini mampu bertahan selama enam jam dan boleh dicas penuh dengan hanya dalam 40 minit sahaja. Ditambah pula dengan penaik tarafan cip teknologi bluetooth V5.2 yang menggunakan tenaga yang rendah serta penghantaran lebih pantas sekaligus meningkatkan lagi pengalaman audio pengguna.

Edifier TWS200 Plus Wireless ini boleh didapatkan pada penawaran harga RM205 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Edifier TWS200 Plus Wireless

Berdasarkan kesemua Earbuds yang disenaraikan di atas, JBL Wave100 TWS dilihat sangat berbaloi didapatkan kerana pelbagai ciri menarik yang boleh dinikmati pada harga mampu milik seperti seperti noise cancellation, serta telah dipertingkatkan kualiti audio dengan teknologi JBL, kalis peluh dan sebagainya.

Semoga dengan senarai yang dikongsikan ini boleh menjadi panduan buat anda yang sedang mencari earbuds untuk kegunaan seharian. Anda boleh lihat sendiri terdapat pelbagai jenis serta harga yang ditawarkan mengikut kesesuaian bajet para pengguna.

Anda juga mesti berminat untuk mendapatkan sebuah speaker terbaik dengan harga serendah RM49 sahaja. Boleh lanjut klik pada pautan di bawah.

6 Speaker Bluetooth Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Serendah RM49 Sahaja

6 Altenatif Pengecas MFI Yang Boleh Didapatkan Untuk iPhone Anda Di Shopee

 

Sumber