Seperti kita sedia tahu, aksesori asli seperti pengecas yang dijual oleh Apple sememangnya harga agak mahal untuk sesetengah pengguna. Maka, sebahagian pengguna lebih gemar mendapatkan pengecas MFI iPhone yang boleh dikatakan lebih mesra poket buat semua orang.

Pengecas yang dikeluarkan pihak ketiga sudah mesti perlu hadir dengan pengesahan MFI oleh Apple sendiri untuk memastikan keselamatan pengguna dan juga perkakasan dalaman. Oleh itu, mari kita lihat enam pengecas MFI iPhone yang sedia didapatkan pada harga berpatutan di Shopee.

1. Anythrox USB-C 20W 

pengecas MFI iPhone
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, jenama Anythrox sedia menawarkan sebuah pengecas alternatif yang paling berpatutan bersama pelbagai ciri keselamatan yang disahkan oleh Apple sendiri. Pengecas ini dikira sebagai multifungsi kerana boleh mengecas iPad dan iPhone dengan adanya sokongan pengecasan pantas sehinggga 96W.

Malah, ia juga dilengkapi dengan cip pintar di dalamnya khusus untuk memastikan keselamatan peranti sewaktu dicas serta mempunyai perlindungan kadar elektrik yang bersesuaian. iPhone anda boleh dicas sehingga 60% dalam masa 30 minit sahaja menerusinya.

Sekiranya anda berminat dengan pengecas Anythrox USB-C 20W ini, kini boleh didapatkan pada harga serendah RM20 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Anytrhrox USB-C 20W

2. ZMI zPower Turbo 20W

pengecas MFI iPhone
Sumber Gambar: Shopee

Jenama ZMI juga merupakan antara pilihan pengguna Apple untuk mendapatkan sebuah pengecas iPhone yang mempunyai pengesahan MFI. Rekaannya kompak serta lebih ringan dapat memudahkan ia dibawa ke mana sahaja. Hadir juga bersama sokongan pengecas pantas yang boleh digunakan pada model iPhone 8 dan ke atas sahaja.

Terdapat beberapa ciri perlindungan yang ditawarkan padanya agar pengguna boleh gunakan pada jangka masa lama. Malah, pengecas ini juga mempunyai struktur dalaman yang direka untuk membuatkan pengecasan anda lebih lancar serta pantas melaluinya pada setiap masa.

Anda berpeluang mendapatkan pengecasan MFI keluaran ZMI dengan penawaran harga RM29.90 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang ZMI zPower Turbo 20W

3. UGREEN Charger Quick Charge

alternatif pengecas mfi
Sumber Gambar: Shopee

UGREEN bukan nama asing lagi dikalangan pengguna tempatan yang mahukan aksesori peranti yang dipercayai. Pada kali ini, mereka membawakan beberapa jenis alternatif pengecas MFI dengan sokongan pantas sehingga 30W menerusinya. Produk ini hadir dengan kemampuan mengecas dari 0  ke 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Untuk menambahkan ciri keselamatan, ia hadir dengan cip pintar untuk melindungi peranti anda daripada masalah seperti litar pintas, lebihan voltan, terlalu panas atau berlebihan arus. Malah, dikatakan pengecas ini masih boleh berfungsi pada tahap yang optimum walaupun pernah terjatuh dan seumpamanya.

Kini pengecas UGREEN Charger Quick Charge ini sedia didapatkan pada harga sekitar RM34.90 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang UGREEN Charger Quick Charge

4. Aukey Mini Charger 20W

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, jenama Aukey turut menawarkan sebuah pengecas yang disahkan oleh pihak Apple bagi kegunaan anda. Seperti namanya, rekaan pengecas ini sangatlah kecil tetapi masih mampu menawarkan pengecasan pantas seperti pengecas luar yang lain. Menerusinya, iPhone boleh dicas sepantas 30 minit sahaja untuk mengisi tenaga sehingga 50%.

Malah, ia dikatakan boleh mengecas sejumlah peranti dari tablets, bluetooth speaker dan lain-lain lagi. Pengecas ini juga hadir dengan teknologi kecerdasan buatan yang memastikan proses pengecasan lebih efisien sementara mengekalkan tahap kepanasan yang rendah lalu boleh meningkatkan jangka hayat bateri peranti anda.

Sekiranya anda mahukan sebuah pengecas MFI yang senang dibawa serta berkuasa tinggi, boleh dapatkan Aukey Mini Charger 20W pada harga RM45.90 sahaja melalui Shopee.

Beli Sekaranga Auket Mini Charger 20W

5. Mcdodo Charger 20W

Sumber Gambar: Shopee

Dalam pada itu, antara penawaran pengecas MFI yang boleh didapatkan di pasaran adalah Mcdodo Charger 20W. Pengecas ini hadir dengan rekaan yang ergonomik serta ciri perlindungan kebakaran pada bahagian luarannya. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mendapatkan kabel bersama pengecas dalam satu pakej lengkap.

Menariknya, terdapat skrin paparan kadar arus output yang dihasilkan supaya anda boleh memerhati prestasi pengecas dari semasa ke semasa. Di samping itu, ia juga hadir dengan cip kecerdasan tersendiri yang boleh menguruskan arus yang melaluinya dengan efisien serta menggelakkan daripada berlakunya litar pintas dan sebagainya.

Pengecas pantas MFI keluaran Mcdodo ini boleh didapatkan pada harga RM68.80 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Mcdodo charger 20W

6. RAVPower Fast Charger

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali di dalam senarai ini adalah sebuah pengecas pantas MFI yang dikenali sebagai RAVPower Fast Charger. Pengecas ini dikira sebagai serba lengkap kerana boleh mengecas pelbagai peranti yakni termasuklah tablets, AirPods dan nintendo switch dengan tersedianya sokongan cas pantas sehingga 30W.

Seperti pengecas lain, ia boleh mengisi tenaga bateri peranti anda sehingga 50% dalam tempoh 30 minit sahaja. Anda juga boleh mengecas dua peranti dengan pengecasan pantas 30W pada kedua-dua port tersebut yang mana lebih efisien dan cepat apabila diperlukan.

Kini anda boleh dapatkan sebuah alternatif pengecas MFI serba lengkap pada harga RM89.90 di Shopee.

Beli Sekarang RAVPower Fast Charger

Berdasarkan senarai yang telah dikongsikan di atas, pilihan pengecas paling berbaloi didapatkan adalah RAVPower Fast Charger. Ini disebabkan oleh kebolehan mengecas dua peranti secara serentak pada kadar yang pantas. Malah, ia juga menyokong pengecasan sejumlah peranti yang mana boleh memenuhi keperluan seharian anda.

Diharapkan dengan senarai pilihan pengecas MFI iPhone ini boleh memudahkan anda mmbuat pemilihan yang bersesuaian dengan keperluan harian anda. Malah, anda juga boleh menikmati harga diskaun pada hari ini untuk mendapatkan barangan berkualiti ini pada harga lebih rendah.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui enam android box tv terbaik yang boleh didapatkan pada tahun ini.

6 Android Box TV Berbaloi Dan Berkualiti Yang Boleh Anda Dapatkan Pada Tahun Ini

5 Media Streaming Mampu Milik Yang Sedia Menawarkan Sokongan AirPlay

Sumber