Pada hari ini, majoriti pengguna lebih menggemari menonton konten yang boleh distrimkan menerusi pelbagai peranti. Malah, media streaming juga menjadi salah satu peranti penting yang membolehkan pengguna mengakses konten daripada peranti iOS mahupun Android ke skrin televisyen atau monitor tambahan dan seumpamanya.

Ditambah pula kini sudah terdapat alternatif media streaming yang sudah mempunyai sokongan AirPlay selain Apple TV yang boleh didapati di pasaran. Ketahui lima media streaming yang dilengkapi sokongan AirPlay pada harga mampu milik menerusi Shopee sahaja.

1. EONS Stick Wireless Dongle

pemain media streaming
Sumber Gambar: Shopee

Syarikat EONS digital sedia menawarkan sebuah dongle stick yang boleh memudahkan anda memasang sebarang konten daripada peranti iOS  ke paparan tambahan yang lebih besar seperti projektor dan sebagainya. Malah, rekaannya yang kompak pula senang dialihkan ke serata tempat.

Menariknya, anda boleh plug & play yang mana ia tidak memerlukan sebarang aplikasi menerusi penggunaannya. Dengan modul WiFI 2.4Ggz terbina bersama boleh memastikan pengalaman penggunaan yang lancar walau di dalam tempoh yang lama. Kesemua jenis fail boleh dimainkan termasuklah video, permainan, muzik, gambar dan juga fail dari peranti dipakai.

Jika anda berminat dengan dongle keluaran EONS digital ini, kini dijual pada harga serendah RM29.94 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang EONS Stick Wireless Dongle

2. AnyCast M12 Plus

pemain media streaming
Sumber Gambar: Shopee

AnyCast M12 Plus juga merupakan salah satu alternatif mampu milik yang boleh didapatkan oleh pengguna. Seperti dongle EONS, anda juga boleh memasang AnyCast dengan mudah lalu dipakai terus sama ada di televisyen mahupun skrin paparan di dalam kereta yang mempunyai sokongan WiFi.

Menariknya, ia boleh menghasilkan paparan visual dengan resolusi 1080p bersama output audio efek yang baik. Ciri miracast yang dilengkapi pelbagai protokol termasuklah AirPlay memudahkan anda menikmati ekosistem peranti Apple dengan lebih lancar. Setakat ini, AnyCast hanya boleh disambungkan pada telefon pintar dan tablet.

Buat anda yang berminat dengan model AnyCast M12 Plus ini, boleh dapatkan pada harga RM68.58 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang AnyCast M12 Plus

3. Q1 Mini TV Box

pemain media streaming
Sumber Gambar: Shopee

Q1 Mini TV Box hadir dengan pelbagai fungsi menarik bagi memenuhi keperluan hiburan anda. Model ini hadir dengan sokongan paparan beresolusi 4K bersama sambungan WiFi sehingga 154Mbps yang bakal memastikan konten yang dipasang lancar sewaktu dipaparkan secara langsung.

Di samping itu, anda boleh memuat turun lebih banyak aplikasi pihak ketiga dengan storan yang lebih besar serta RAM yang tinggi sekaligus boleh memasang beberapa aplikasi secara serentak dengan lancar. Anda juga boleh memasang konten menerusi WiFi termasuklah telefon pintar, tablet dan komputer melaluinya.

Sekiranya anda ingin sebuah pemain media streaming yang mempunyai sokongan resolusi 4K bersama ciri AirPlay, kini sudah ditawarkan pada harga RM72.90 di Shopee

Beli Sekarang Q1 Mini TV Box

4. Mirascreen G5 Plus

Sumber Gambar:Shopee

Sekiranya anda mahukan sokongan paparan resolusi sehingga 4K bersama AirPlay, Mirascreen G5 Plus adalah pilihan tepat buat anda. Ditambah pula sokongan ciri WiFi 2.4Ghz dan 5G boleh memastikan setiap konten yang distrim atau dipasang boleh berjalan dengan lancar sepanjang tempoh tontonan menerusinya.

Selain menjadi pengantara paparan skrin besar, ia juga boleh digunakan sebagai WiFi hot spot bagi akses internet kepada pengguna berdekatan. Anda juga boleh menggunakan secara terus Mirascreen G5 Plus ini tanpa sebarang aplikasi khusus diperlukan. Terdapat juga pelbagai sokongan bahasa untuk memudahkan penggunaan melaluinya.

Kini Mirascreen G5 Plus boleh didapatkana pada harga RM101.78 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Mirascreen G5 Plus

5. Google Chromecast 3rd Generation

Sumber Gambar; Shopee

Google Chromecast juga merupakan salah satu pilihan kegemaran ramai kerana kualiti serta penawaran fungsi serba boleh melaluinya. Peranti ini boleh mengakses pelbagai jenis media sama ada di internet ataupun konten yang dimainkan pada telefon pintar anda dengan sokongan resolusi sehingga 1080p 60fps.

Selain itu, anda juga berpeluang menikmati sejumlah aplikasi terkemuka seperti Netflix, Youtube TV dan sebagainya lalu distrimkan secara terus di televisyen berkenaan. Bahkan, anda turut boleh memberikan arahan suara untuk mengawal aplikasi ataupun memulakan strim konten menerusinya. Kini Chromecast juga sudah menyokong iOS dan Mac OS padanya.

Google Chromecast Gen 3 ini boleh didapatkan pada harga RM179 menerusi Shopee pada hari ini.

Beli Sekarang Google Chromecast Gen 3

Pilihan yang berbaloi untuk didapatkan sekiranya anda mempunyai bajet yang memadai, bolehlah cuba Mirascreen G5 Plus yang mempunyai multifungsi serta sokongan resolusi sehingga 4K. Sementara jika bajet anda lebih besar, sebaiknya mendapatkan Google Chromecast kerana mempunyai pelbagai sokongan seperti arahan melalui suara dan sebagainya.

Semoga dengan ada cadangan senarai ini boleh memudahkan anda membuat pilihan terutamanya mereka yang menggunakan ekosistem Apple. Malahan, dengan kehadiran peranti ini juga dapat menukarkan televisyen yang digunakan menjadi seperti Smart TV yang terdapat di pasaran.

Sementara itu, anda juga perlu mengetahui lima laptop gaming terbaik yang boleh didapatkan di dalam pasaran hari ini.

5 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Yang Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

5 Tablet Berkualiti Dan Berbaloi Di Bawah RM1,500 Untuk Kegunaan Tugasan Harian

Sumber