Seperti kita semua sedia maklum, aksesori Apple yang dijual oleh pihak ketiga memerlukan pensijilan MFI sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna. Akan tetapi, tidak ramai pula yang mengetahui cara semak MFI untuk mengesahkan kebenaran pensijilan yang dinyatakan pada sesuatu produk.

Antara sebab mengapa adanya MFI adalah untuk memastikan aksesori yang sah boleh digunakan pada peranti kelak. Sebenarnya Apple sudah pun menyediakan sebuah laman khas untuk membuat semakan aksesori MFI yang dipercayai. Anda boleh ikuti tutorial cara semak MFI aksesori Apple seperti di bawah.

1. Pertama sekali, anda boleh kunjungi laman web MFI Licensed Accessories dengan klik di sini.

2. Selepas itu, terdapat tiga pilihan cara semakan yang disediakan oleh Apple iaitu Model, Brand dan UPC/EAN. Cara paling mudah anda boleh pilih sama ada Model atau Brand untuk menyemak sesuatu aksesori. UPC/EAN ini pula adalah bar kod yang tersedia pada produk fizikal yang mana boleh digunakan sekiranya anda sedia ada.

cara semak mfi
Sumber Gambar: MFI Licensed Accesories

3. Anda boleh menyemak secara spesifik dengan memilih Model lalu masukkan nombor model aksesori tersebut. Sebagai contoh, sebuah kit pengecas keluaran UGREEN dengan model bernombor 50907 telah dimasukkan pada ruangan kosong di sebelah kanan pilihan menu dan klik Search.

cara semak mfi
Sumber Gambar: MFI Licensed Program

4. Maklumat lengkap akan dipaparkan mengenai produk tersebut dan juga produk yang berkaitan di dalam senarai itu.

Sumber Gambar: MFI Licensed Program

Untuk makluman, anda juga boleh menyemak kesemua produk yang ditawarkan oleh jenama-jenama pengeluar aksesori dipercayai seperti Aukey, Anker, Mcdodo dan seumpamanya pada bahagian Brand. Nanti ia bakal memaparkan semua produk yang telah mendapat pensijilan MFI dari Apple bagi rujukan pengguna.

Perlu diingatkan juga tidak semua penjual meletakkan kod model pengecas yang betul pada senarai aksesori yang dijual terutamanya di laman e-dagang. Maka, anda perlu membuat semakan model yang dijual terlebih dahulu dengan melihat kod model di laman semakan serta gambar di internet.

Diharapkan dengan tips ini membolehkan anda membuat pembelian aksesori yang disahkan oleh Apple agar selamat digunakan pada peranti serta boleh bertahan lebih lama. Kita pun sedia maklum Apple mempunyai ketelitian yang tinggi dalam memastikan produk yang ditawarkan mestilah berkualiti kepada pengguna.

Anda boleh ketahui beberapa bahaya penggunaan kabel tanpa MFI untuk iPhone dalam jangka masa panjang dengan klik pautan di bawah.

5 Bahaya Guna Kabel Tanpa MFI Untuk iPhone Dalam Jangka Masa Panjang

6 Altenatif Pengecas MFI Yang Boleh Didapatkan Untuk iPhone Anda Di Shopee

Sumber