Sebagai penjual di Shopee, anda pasti tidak gemar mendapat rating negatif terutamanya apabila bukan salah daripada pihak penjual sendiri. Hal ini boleh memberikan kesan kepada rating kedai di platform ini. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara-cara untuk buang rating negatif di Shopee dengan betul.

Menerusi akaun TikTok @her.veils, beliau telah berkongsi cara mudah untuk buang rating negatif daripada pelanggan di akaun Shopee. Seperti yang kita sedia maklum, rating kedai anda akan menjadi penanda aras buat mereka yang ingin membeli di platform ini. Pelanggan lebih mempercayai kedai yang mempunyai rating tinggi serta dilabel sebagai pilihan penjual oleh Shopee.

buang negatif rating Shopee
Sumber Gambar: TikTok

Pertama sekali, penjual boleh memaklumkan kepada agent Shopee menerusi live chat ataupun menghantar emel ke pasukan khidmat pelanggan Shopee mengenai rating negatif yang ingin dibuang.

Penjual perlu mengemukakan beberapa bahan bukti termasuk screenshot perbualan bersama pelanggan, rating atau komen yang ditinggalkan pada produk. Selepas itu, mereka akan meneliti terlebih dahulu berkaitan dengan informasi yang disediakan.

Terdapat beberapa syarat yang membolehkan penjual berbuat sedemikian seperti gambar yang tidak berkaitan pada komen produk, menggunakan bahasa kasar di dalam mesej dan berkongsi maklumat peribadi kepada umum. Setelah mereka sudah selesai semak permohonan tersebut, anda dikehendaki memberikan nombor pesanan pelanggan yang berkaitan.

buang negatif rating di Shopee
Sumber Gambar: TikTok

Tempoh sekitar satu hingga tiga hari diperlukan bagi proses pembuangan rating pada kedai berkenaan. Seterusnya, penjual akan menerima emel daripada pihak Shopee berkenaan pembuangan rating yang telah berjaya menerusi nombor pesanan berikut. Hasil daripada tindakan yang diambil, rating kedai anda akan bertambah baik sekaligus.

@her.veils

If you have problem with the item, boleh terus chat seller. Kalau sebab nak free gift, tak tau laa 😭

♬ I hope u happy – 💭 : saqhi

Ini merupakan hak anda sebagai penjual yang menjadi sebahagian daripada polisi Shopee. Perkara ini sangat penting terutamanya bagi mereka yang baru berjinak sebagai penjual di platform ini yang memerlukan rating yang baik bagi membina kepercayaan kepada pengunjung di platform tersebut.

Sebelum ini, terdapat penjual Shopee menerima rating negatif disebabkan oleh alasan yang tidak munasabah oleh pelanggan.

https://www.thevocket.com/gagal-terima-tempahan-hari-yang-sama-pelanggan-ini-disekolahkan-penjual-shopee/

https://www.thevocket.com/disangka-kena-scam-wanita-ini-kagum-budak-berusia-11-tahun-sudah-berniaga-untuk-bantu-keluarga/

Sumber