CCTV sememangnya baik untuk dipasang bagi menjaga keselamatan rumah, pejabat atau kedai. Kini terdapat pelbagai pilihan CCTV berbaloi yang diperkenalkan malah hadir hadir dengan wireless bersama aplikasi khasnya untuk memantau secara langsung dan memainkan rakaman dengan mudah.

Setiap kamera CCTV mempunyai kemampuan yang berbeza dari segi resolusi rakaman, tahap zum video, keluasan rakaman dan banyak lagi. Mari kita lihat enama jenama yang sedia menawarkan CCTV berbaloi yang berkualiti untuk pengawasan keselamatan di premis yang diletakkan.

1. GOQ M1 Mini

Sumber Gambar: Shopee

Siapa sangka pada hari ini kita sudah boleh mendapatkan CCTV semurah bawah RM50 untuk mendapatkan perlindungan yang lebih baik di rumah dan sebagainya. GOQ M1 Mini boleh merakam dengan resolusi 720P HD serta mempunyai night vision bagi kawasan yang gelap.

Malah, kamera ini juga mempunyai ciri pengesan pergerakan manusia dengan menghantar notifikasi sekiranya terdapat orang asing di kawasan premis serta voice intercom yang membolehkan anda berinteraksi menerusinya daripada jarak jauh. Setiap pelarasan atau pun akses rakaman boleh dibuat menggunakan peranti dengan mudah.

Anda boleh dapatkan kamera serba lengkap ini dengan harga RM49 sahaja menerusi Shopee hari ini.

Beli Sekarang GOQ M1 Mini

2. Tenda CP3

cctv murah
Sumber Gambar: Shopee

Ini merupakan sebuah CCTV terbaik yang anda boleh dapatkan dengan harga murah adalah Tenda CP3. Model CP3 ini boleh laras 360° mendatar, 155° menegak dengan resolusi 1080P Full HD. Terdapat dua pilihan storan sama ada menggunakan kad memori 128GB atau pun storan di awan.

Menariknya, CCTV ini mempunyai AI pengesan manusia di mana ia boleh kesan sebarang pergerakan dan gerak geri bentuk manusia dan secara automatik akan hantar notifikasi untuk memberi amaran. Selain daripada audio dua hala, anda boleh mengkustomasi mesej audio dekat CCTV untuk tujuan menakutkan penceroboh yang tidak diingini di premis.

Jika anda mahukan sebuah CCTV yang berbaloi pada harga marhaen, Tenda CP3 ini boleh didapatkan pada harga RM99 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Tenda CP3

3. D-Link DCS-6101LH

cctv murah
Sumber Gambar: Shopee

Kalau anda sedang mencari CCTV yang kecil dan kompak, boleh pertimbangkan CCTV keluaran D-Link. Model DCS-6101LH sedia menawarkan kamera wide angle yang memberikan keluasan pandangan 110° yang beresolusi 1080P Full HD. CCTV ini juga hanya menggunakan storan awan sekaligus memudahkan akses rakaman buat pengguna walau di mana jua.

Antara ciri yang menarik padanya adalah sokongan WPA3 encryption iaitu sekuriti WiFI terbaru dengan lebih perlindungan. Selain itu, anda boleh padankan dengan pembantu maya seperti Google Assistant atau Alexa serta mmepunyai mikrofon untuk merakam audio sekali. Terdapat juga ciri rakaman night vision yang boleh merakam di dalam keadaan yang gelap dengan baik.

Kini CCTV keluaran D-Link sedia ditawarkan pada harga RM108 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang D-Link DCS-6101LH

4. Xiaomi Mijia Smart Ip Camera

Sumber Gambar: Shopee

Antara jenama yang sedia menawarkan CCTV berbaloi sudah semestinya Xiaomi. Xiaomi Mijia Smart Ip Camera ini boleh memantau kawasan sehingga 360° mendatar, 108° menegak dengan resolusi 1080P Full HD. Selain itu, kamera ini juga menyokong kad memori sehingga 128GB serta mempunyai lensa apertur yang besar bagi mendapatkan gambar yang jelas.

Menariknya,  model ini juga mempunyai audio dua hala di mana anda boleh berkomunikasi dengan orang di rumah menerusi CCTV sahaja. Terdapat beberapa ciri menarik lain seperti, advanced night vision, pengesan pergerakan dan kawalan pintar dengan Google Assistant.

Model ini antara pilihan bagi kategori CCTV berbaloi yang ada di pasaran Malaysia yang berharga RM144 di Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Mijia Smart Ip Camera

5. Ezviz C3W Pro CCTV IP Camera

Menerusi CCTV dari Ezviz C3W Pro, visual malam yang dihasilkan akan lebih terang dan jelas dengan adanya upgraded color night vision yang telah disertakan dengan algoritma AI untuk memberikan pengesanan seseorang dan maklumat yang lebih tepat walaupun dalam gelap.

Kamera ini boleh mengawasi kawasan liputan yang yang lebih besar dengan 360° mendatar dan membolehkan anda melihat video dan imej dalam resolusi lebih tinggi daripada 1080P. Terdapat active defense yang menambahkan ciri keselamatan padanya yang boleh menyalakan siren yang kuat dan memancarkan dua lampu sebagai penggera apabila premis dimasuki penceroboh.

Jika anda berminat dengan model Ezvz C3W Pro ini, kini ia ditawarkan dengan harga RM319 di Shopee.

Beli Sekarang Ezviz C3W Pro CCTV IP Camera

6. Anker T8131 Security Camera

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh mencuba sebuah kamera CCTV yang ditawarkan oleh jenama Anker. Model T8131 ini boleh merakam video atau imej dengan resolusi 2K yang lebih jelas dan terperinci di dalam sebarang keadaan. Selain itu, setiap rakaman akan disimpan di dalam storan awan dengan data dilindungi oleh ciri keselamatan bergred ketenteraan.

Ditambah pula terdapat teknologi AI yang akan memberikan notifikasi jika seseorang berdekatan premis dan mampu membezakan binatang dengan tepat jadi hanya menghantar amaran apabila perlu sahaja. Selain itu, anda juga tidak perlu memasang litar yang sukar dan hanya perlu dilekatkan pada tempat yang mahu diawasi dengan mudah serta boleh beroperasi pada sebarang cuaca.

Model kamera sekuriti yang serba canggih keluaran Anker boleh didapatkan pada harga RM526 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Anker T8131 Security Camera

CCTV yang dilihat sangat berbaloi dengan pelbagai fungsi menarik padanya adalah Xiaomi Mijia Smart IP Camera. Kamera sekuriti ini bukan sahaja mempunyai kualiti kamera yang baik dengan meliputi kawasan luas, bahkan terdapat beberapa teknologi yang membuatkan ia lebih mesra pengguna.

Sebagai konklusinya, anda boleh dapatkan mana-mana model yang bersesuaian dengan bajet anda dalam memastikan keselamatan kawasan rumah atau premis yang diduduki. Malah, anda juga boleh menjadikan gambar atau video yang dirakam sebagai bukti kepada pihak berkuasa jika berlaku sebarang pencerobohan dan seumpamanya.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui senarai dashcam yang menjadi pilihan para pengguna jalan raya di Malaysia dengan klik pautan di bawah.

Berbaloi Dan Tahan Lasak, Ini 6 Dashcam Berbaloi Didapatkan Dengan Kualiti Video Yang Baik

6 Gadget Yang Perlu Anda Dapatkan Untuk Ubah Rumah Menjadi ‘Smart Home’

Sumber