Kita sudah pun berada di dalam fasa endemik sekaligus semua aktiviti sudah pun boleh berjalan seperti biasa termasuklah mengambil lesen memandu. Pasti ramai yang ingin mengetahui aplikasi khas untuk persiapan ujian komputer kelak.

Aplikasi khas yang dimaksudkan adalah KPP Test Malaysia yang mana menawarkan solusi buat anda yang mahu bersiap sedia dalam menghadapi ujian komputer lesen memandu. Aplikasi ini serba lengkap dengan pelbagai soalan berkaitan ujian komputer tersebut dalam masa yang sama mudah digunakan.

aplikasi khas
Sumber Gambar: Aplikasi KPP Test Malaysia 2022

Pada bahagian Revision, anda boleh membuat ulang kaji set ujian komputer yang merangkumi 50 soalan berserta jawapan untuk rujukan. Untuk menguji kefahaman anda, boleh cuba di bahagian Test yang mana perlu dijawab setiap soalan dalam masa 45 minit.

Setiap ujian yang diambil pula akan direkodkan secara automatik sekaligus membolehkan anda melihat prestasi dari semasa ke semasa. Anda juga boleh mengambil ujian tersebut sebanyak yang mungkin tanpa sebarang had. Kompilasi soalan yang disediakan pula adalah yang telah dikemas kini mengikut standard ujian pada hari ini.

Sumber Gambar: Aplikasi KPP Test Malaysia 2022

Tidak hanya menyediakan untuk lesen kereta sahaja, anda yang mahu mengambil lesen motor turut boleh menjawab soalan yang disediakan. Menariknya, aplikasi ini membenarkan anda menyimpan ujian yang sedang dijalankan dan boleh disambung semula untuk memberikan fleksibiliti mengikut keselesaan anda.

Untuk memudahkan pengguna lagi, setiap modul soalan yang ditanda dengan bintang bermaksud set soalan tersebut telah dikemas kini berdasarkan modul pelajaran semasa. Selain pilihan Bahasa Melayu, terdapat juga Bahasa Inggeris untuk mereka yang lebih selesa dengannya.

Jadi, buat anda yang mahu bersiap sedia dengan lebih berkeyakinan dalam menghadapi ujian komputer lesen memandu, boleh memuat turun aplikasi ini menerusi Google Play Store dan App Store. Aplikasi ini mempunyai banyak maklum balas yang positif daripada pengguna.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui cara mengesan peranti Bluetooth yang tercicir dengan pantas menerusi aplikasi Wunderfind.

Ketahui Cara Kesan Peranti Bluetooth Yang Tercicir Dengan Pantas Menerusi Aplikasi Wunderfind

Filter Terbaru TikTok Ini Mampu ‘Hidupkan’ Gambar Statik Seakan Pergerakan Sebenar

Sumber