TikTok sudah menjadi salah satu aplikasi utama untuk orang ramai menonton pelbagai video-video pendek menarik. Hal ini disebabkan oleh pelbagai filter serta ciri suntingan yang boleh dimanfaatkan oleh para pengguna dalam mengetengahkan bakat di dalam penghasilan video menerusinya.

Menerusi ciapan yang dikongsi oleh @TikTokBerguna, terdapat sebuah filter yang disediakan kepada pengguna untuk menukarkan gambar yang ditangkap menjadi bergerak seakan hidup. Maka, gambar yang pada mulanya statik sahaja kini boleh bergerak dengan mimik muka yang tersenyum serta mata yang berkelip-kelip.

Kehadiran filter yang dinamakan Dynamic Photo ini telah menarik minat ramai pengguna untuk mencuba pada gambar-gambar keluarga yang terdahulu. Para pengguna sangat gembira kerana dapat mengalami pengalaman melihat wajah orang tersayang dalam keadaan bergerak.

Malahan, untuk mereka yang sudah mencuba filter tersebut juga dapat melepaskan kerinduan yang selama ini hanya mampu melihat gambar statik itu. Dalam pada itu, terdapat pelbagai aplikasi suntingan yang boleh berbuat sedemikian yang boleh dimuat  turun secara percuma.

Antara aplikasi selain TikTok adalah seperti MyHeritage, Motionleap dan sebagainya. Kini anda juga boleh mencuba aplikasi TikTok mahupun aplikasi suntingan lain yang boleh dimuat turun secara percuma untuk melihat animasi tersebut.

Jika anda berminat untuk menghasilkan konten kreatif, terdapat enam aplikasi terbaik yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store.

6 Aplikasi Terbaik Untuk Hasilkan Konten Kreatif Dengan Mudah Di App Store

7 Aplikasi Edit Video Terbaik Android Yang Ditawarkan Secara Percuma

Sumber