Kad TNG NFC sehingga ke hari ini masih sukar untuk didapati ekoran permintaan yang tinggi oleh pengguna tempatan. Oleh kerana kemudahan tambah nilai secara terus dari telefon pintar, maka ada yang sanggup membayar kad TNG NFC pada harga lebih mahal yang dijual oleh scalper.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter iaitu @pedoqpop berjaya mengesan satu tawaran kad TNG NFC yang dijual pada harga setinggi RM130 menerusi Shopee. Malah, kad TNG NFC yang ditawarkan semahal ini masih berjaya dijual kepada seorang  pembeli ‘misteri’ itu.

Sumber Gambar: Twitter

Menerusi Shopee juga, terdapat satu lagi tawaran kad TNG NFC berharga RM95 yang mana menunjukkan sejumlah maklum balas pelanggan yang berpuas hati dengan kad yang diterima. Jadi, perkara ini terbuktilah bahawa kad ini sememangnya menjadi rebutan ramai malah mempunyai sejumlah sanggu berbelanja lebih untuk mendapatkannya.

Sehingga ke hari ini, sejumlah platform e-dagang masih dibanjiri dengan tawaran kad TNG NFC pada harga lebih mahal daripada harga asalnya. Para penjual dilihat mahu mengambil kesempatan dengan memanipulasi harga jualan sewenang-wenangnya kerana stok kad yang terhad.

Perkara ini juga menjadi tanda tanya bagaimana sesetengah individu boleh memperolehi jumlah kad yang banyak sedangkan cawangan TNG sendiri masih sukar memenuhi permintaan semasa. Agak mengejutkan untuk mengetahui sebahagian penjual berjaya mengaut keuntungan dengan menawarkan kad TNG NFC pada harga berpuluh lipat kali ganda.

Ikuti juga perkembangan terbaru tentang pelancaran aplikasi terbaru oleh CIMB yang bakal meluluskan pembiayaan kereta sepantas 1 minit sahaja.

CIMB Bersama Carsome Lancarkan Aplikasi Pembiayaan Kereta Dengan Kelulusan Sepantas 1 Minit

Ditawarkan Pada Harga RM10, TnG Lancarkan Kad Dengan Sokongan Tambah Nilai Menerusi Telefon Pintar

Projek Galeri Maya Dan NFT Menfokuskan Kepada Legasi Tun Mahathir Diumumkan

 

Sumber