NFT dan metaverse dilihat sangat berkait rapat sebagai medium baharu yang bakal digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan. Antara kegunaan elemen blockchain ini termasuklah untuk memelihara koleksi-koleksi karya seni lalu boleh diperlihatkan kepada generasi akan datang.

Terkini, Tun Dr Mahathir Mohamad baru sahaja hadir melihat sebuah projek yang dinamakan UNIQ META. Projek ini bakal menfokuskan kepada pembangunan galeri maya yang menghimpunkan sejumlah gambar legasi dan bersejarah termasuklah penawaran NFT bersamanya.

Sumber Gambar: The Diplomat

Bagaimanapun, projek ini masih berada di peringkat awal dan pada portalnya hanya menawarkan informasi ringkas berkaitan projek serta latar masa pembangunan projek itu. UNIQ META menyasarkan mereka sebagai evolusi seterusnya untuk galeri maya dan NFT.

Sebuah galeri maya eksklusif akan diperkenalkan untuk memperlihatkan legasi Tun Dr Mahathir berserta penawaran NFT menerusinya. Dijangkakan orang ramai boleh mengakses melalui beberapa medium termasuklah menggunakan set kepala VR.

Sumber Gambar: TechCrunch

Malah, UNIQ META juga ingin menawarkan koleksi NFT bertajuk Negarawan dalam masa yang sama mahu menghasilkan sebuah siri karya NFT melibatkan bakat tempatan. Implementasi platform UNIQ META ini bakal berlaku seawal tahun 2022 ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan projek menarik ini.

Sebelum ini juga, YB Syed Saddiq telah membuat lelongan NFT untuk mengumpul dana buat mangsa banjir yang terkesan di Malaysia.

YB Syed Saddiq Bakal Membuat Lelongan NFT Bagi Mengumpul Dana Buat Mangsa Banjir

BadApe Dan Nasty Worldwide Umum Kolaborasi Sempena Projek NFT Terbaru