Sejak populariti dunia kripto meningkat di seluruh dunia, makin banyak pula kegiatan melombong kriptowang yang dilihat sebagai satu lubuk emas alaf baharu. Disebabkan kegiatan ini juga telah timbul beberapa isu serius seperti kecurian elektrik yang tidak terkawal serta kekurangan stok kad grafik di peringkat global.
Sehubungan itu, Intel kini mengumumkan cip khusus mereka yang boleh digunakan untuk kegiatan melombong kripto selepas ini. Cip ini dikatakan mempunyai prestasi 1000% jauh lebih baik untuk setiap watt berbanding kad grafik semasa yang digunakan untuk melombong kripto menggunakan SHA-256.
Difahamkan kad grafik khusus ini menggunakan tenaga yang lebih rendah serta efisien sewaktu menyelesaikan algoritma blockchain kelak sekaligus mendorong kepada lebih mesra alam. Jadi, para pengguna boleh melombong kripto dengan kos elektrik yang lebih rendah serta menerima hasil pulangan yang tinggi.
Antara pelanggan awal yang sudah menempah cip khusus ini adalah Argo Blockchain, GRIID Infrastructure dan BLOCK. Sementara buat pengguna di luar sana dijangka boleh membeli pada akhir tahun 2022 ini. Dengan langkah ini juga, kad grafik untuk kegunaan selain melombong tidak akan mengalami masalah kekurangan stok lagi kelak.
Dalam pada itu, anda perlu mengetahui bagaimana kegiatan melombong Bitcoin dijalankan sehingga mendapatkan keuntungan.
Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Melombong Bitcoin Dijalankan Dalam Mendapatkan Ganjaran
Sudah Mulai Ditawarkan Di Malaysia, Ketahui 3 Kelebihan ATM Bitcoin Buat Para Pengguna