Sebut mengenai Intel, pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama tersohor ini. Berjaya menjadi penyedia cip pemprosesan buat komputer dalam tempoh yang panjang membuatkan jenama ini dikenali ramai.

Terbaharu, sebagai usaha untuk memperluaskan fasiliti pengeluaran cip menerusi kilang di Pulau Pinang, Intel dilaporkan bakal melabur sebanyak RM30 bilion. Difahamkan Intel memilih Pulau Pinang berikutan kebolehan pengeluaran semikonduktor dan teknologi yang terkini.

Sumber: institute for new economy thinking

Pengumuman yang dibuat ini selari dengan hasrat CEO Intel baharu, Pat Gelsinger ke Asia Tenggara baru-baru ini yang menyasarkan untuk memastikan Intel kembali menguasi industri semikonduktor menerusi TSMC.

Melihat kepada permintaan industri semikonduktor yang semakin meningkat, pelaburan ini dilihat memain peranan penting dalam memastikan Intel terus releven dalam menjadi penawar cip pemprosesan berkuasa dalam memenuhi permintaan pasaran. Selain itu, kapasiti tenaga kerja dalam kilang juga pastinya akan bertambah sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan buat penduduk sekitar.

Minggu ini turut menyaksikan pengumuman PLUS yang bakal menawarkan sokongan RFID pada semua plaza tol menjelang awal tahun 2022.

PLUS Bakal Tawarkan Sokongan RFID Pada Semua Plaza Tol Menjelang Awal Tahun 2022

Penyedia Platform Penstriman Haram Boleh Dipenjara Sehingga 20 Tahun Di Malaysia

Sumber