Sejak Bitcoin diperkenalkan pada tahun 2009, kriptowang ini mula menarik minat ramai orang untuk mendapatkannya dan menjadi medium pelaburan baharu. Hal ini kerana nilainya yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pasti anda pernah mendengar istilah melombong Bitcoin sebelum ini dan tertanya-tanya bagaimana ia berfungsi.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @azsaef, beliau telah menceritakan bagaimana melombong Bitcoin berfungsi untuk mendapatkan ganjaran yang sering kita dengar sebelum ini. Bitcoin adalah mata wang digital yang membolehkan pengguna membuat transaksi secara terus kepada pengguna lain menggunakan teknologi blockchain.

Maksud melombong Bitcoin

melombong bitcoin
Sumber Gambar: Corporate Finance Institute

Dalam blockchain, setiap transaksi disahkan oleh pengguna Bitcoin sendiri. Ini bermaksud transaksi mesti disahkan oleh peserta lain yang berada dalam rangkaian tersebut.

Mereka yang mempunyai perkakasan dan komputer yang berkuasa tinggi inilah yang digelar sebagai pelombong(miner). Menerusi perkakasan dan sistem komputer yang berkuasa, sesiapa sahaja boleh menjadi pelombong.

Sumber Gambar: Medium

Block adalah unit kecil yang membentuk blockchain dan ia adalah ‘bekas’ yang menyimpan semua butiran transaksi yang dilakukan. Daripada block inilah berlakunya pelombongan kriptowang yang mana proses pengesahan transaksi yang berlaku dan direkodkannya di lejar blockchain awam.

Konsep penting yang perlu difahami adalah sebarang transaksi Bitcoin tidak melibatkan mana-mana badan selia, badan pentadbir atau bank. Semua pengguna di dalam rangkaian boleh mengaudit sebarang transaksi yang dilakukan.

Proses transaksi Bitcoin diselesaikan berdasarkan kerja matematik yang sukar disebut sebagai proof of work. Hanya pelombong pertama yang berjaya menyelesaikan persoalan tersebut bakal menerima ganjaran.

Konsep utama blockchain

melombong bitcoin
Sumber Gambar: Finance Monthly

Pertama sekali, lejar awam adalah rekod semua transaksi yang disimpan dalam rangkaian blockchain di seluruh dunia. Dalam rangkaian inilah di mana pengesahan transaksi dilakukan oleh pengguna Bitcoin. Seterusnya, SHA-256 merujuk kepada hasil kod yang unik untuk teks bagi memastikan block di simpan dengan selamat.

Akhir sekali, pelombong mengesahkan transaksi dengan menyelesaikan teka-teki matematik sukar yang disebut sebagai proof of work. Objektif utamanya adalah untuk menentukan nilainya. Nilainya atau dikenali sebagai nounce value perlulah kurang daripada sasaran yang ditentukan oleh rangkaian atau block tertentu.

Pada hari ini, pelombong yang berjaya menyelesaikan teka-teki akan mendapat ganjaran bergantung kepada kesukaran suatu block tersebut. Setelah block ditambahkan ke dalam blockchain, Bitcoin berkaitan dengan transaksi dapat dibelanjakan dan dipindahkan ke akaun lain pula.

Cara melombong Bitcoin berfungsi

melombong bitcoin
Sumber Gambar: LaptrinhX

Pertama, data transaksi itu dikongsikan dengan pengguna lain dalam kumpulan memori yang belum dilombong. Urus niaga ini perlu ditunggu sehingga ia disahkan dan dimasukkan oleh dalam block baru. Pelombong Bitcoin akan bersaing untuk mengesahkan transaksi menggunakan proof of work.

Pelombong pertama yang berjaya menyelesaikan teka-teki akan berkongsi keputusan mereka di nod iaitu terminal atau stesen dalam rangkaian perhubungan komputer lain. Setelah block tersebut disahkan, nouce atau nombor rawak di dalam kriptografi akan dihasilkan dan nod lain akan memberikan persetujuan mereka.

Apabila cukup nod memberikan persetujuan mereka maka block itu menjadi sah lalu ditambah ke dalam blockchain. Pelombong yang berjaya menyelesaikan teka-teki rumit tersebut akan menerima ganjaran untuk sebuah transaksi yang berjaya. Maka, transaksi yang telah disahkan akan sampai ke penerima yang sepatutnya.

Perkakasan melombong Bitcoin

melombong bitcoin
Sumber Gambar: Crypto Mining Blog

Pada awal kemunculan Bitcoin, pelombong hanya menggunakan komputer biasa sahaja. Menerusi komputer berkenaan, ia sudah boleh melombong bitcoin dan mata wang kripto lain kerana teka-tekinya lebih mudah berbanding sekarang. Kemudian mereka mendapati kad grafik boleh menyelesaikan teka-teki dengan lebih efisien sekaligus memberikan ganjaran yang banyak.

Pada hari ini, pelombong sudah mula menggunakan perkakasan khas yang dikenali sebagai application-specific integrated circuit(ASIC) untuk melombong Bitcoin dan mata wang kripto yang lain.

@azsaef

Reply to @officiall.miho okay aku cuba jawab bro

♬ Lofi, lofi hip hop 4(879113) – Macross_Sound

Kini Bitcoin sudah mulai diterima sebagai salah satu medium pembayaran yang boleh dipakai untuk berurusan dengan sebahagian pihak tertentu. Anda sudah boleh membeli kenderaan, rumah dan sebagainya menerusi kriptowang selepas ini. Hal ini sekaligus membuatkan ramai merebut peluang untuk mendapatkannya menerusi melombong secara digital.

Selain Bitcoin, NFT juga sudah mampu menjana pendapatan dan mula diminati oleh orang ramai. Boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Kanak-Kanak 12 Tahun Ini Jana Lebih RM1.6 Juta Hasil Jualan Karya NFT

Pentas, Platform Jual Beli NFT Tempatan Memfokuskan Budaya Malaysia