Kita sudah pasti mempunyai persepsi bahawa kegiatan melombong Bitcoin akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Ditambah pula dengan sejumlah berita kecurian elektrik sehingga mengakibatkan kerugian tinggi yang dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan.

Bagaimanapun, laporan terbaharu oleh Arcane Research mendapati di mana kegiatan melombong Bitcoin sebenarnya menggunakan tenaga elektrik yang rendah berbanding sektor lain. Menerusi carta graf yang dikongsikan, kita dapat melihat kegiatan melombong hanya menggunakan jumlah tenaga sekitar 100 TWh untuk tahunan.

Sumber Gambar: Arcane Research

Sementara, industri gaming pula dilihat sedikit lebih tinggi  iaitu 105 TWh  untuk tahunan. Untuk kegiatan melombong emas, penggunaan elektrik pada setiap tahun mencapai 240 TWh yang mana sekali sekali ganda lebih banyak penggunaan kuasa berbanding kegiatan melombong Bitcoin.

Industri penghasilan kertas pula menunjukkan penggunaan elektrik paling tinggi di dunia iaitu 2,361 TWh di mana 24 kali ganda lebih tinggi berbanding kegiatan perlombongan Bitcoin. Penganalisa mendapati industri perlombongan Bitcoin mempunyai beberapa kaedah yang berbeza dalam menggunakan sumber kuasa.

kegiatan melombong bitcoin
Sumber Gambar: Business Insider

Antara sebab mengapa industri perlombongan Bitcoin dilihat lebih menjimatkan adalah fleksibiliti mengawal penggunaan tenaga seperti bebas mematikan mesin melombong pada bila-bila masa atau berupaya merendahkan watt sewaktu beroperasi dan juga boleh memilih skala operasi yang besar atau kecil mengikut keperluan.

Bagaimanapun, pada tahun ini semakin ramai orang menarik diri daripada kegiatan melombong Bitcoin kerana dilihat tidak memberi keuntungan seperti tahun-tahun sebelumnya. Jadi, penggunaan tenaga untuk kegiatan melombong kriptowang bakal menunjukkan penurunan yang lebih drastik.

Sebelum ini, tokoh terkemuka dunia iaitu Elon Musk turut menyatakan beliau tidak  pernah menyuruh orang ramai melabur pada kriptowang.

“Saya Tidak Pernah Kata Orang Ramai Perlu Melabur Pada Kriptowang”- Elon Musk

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh