Boleh dikatakan majoriti pelombong kripto telah ‘cuci tangan’ daripada aktiviti pelombongan dan mulai tawarkan kad grafik pada harga rendah. Kad grafik berkuasa ini sudah pasti menjadi buruan PC builder namun ia tidak seindah seperti yang disangka.

Menerusi pendedahan terbaharu akaun Twitter @I_Leak_VN, kini telah tular beberapa video yang memperlihatkan pelombong kripto dari Vietnam mencuci kad grafik lama yang digunakan untuk tujuan melombong sebelum dijual semula di laman eBay atau pembeli tempatan.

Lebih mengejutkan, mereka menggunakan water jet yang mempunyai tekanan tinggi lalu dipancut terus ke kad grafik tersebut untuk membersihkan habuk atau bendasing barang kali. Bagaimanapun, praktis ini sangat merbahaya kepada komponen sensitif yang terdapat pada kad grafik tersebut.

Selain menggunakan water jet, ada sebahagian yang merendam ke dalam air ozon kerana hanya mahu menghalang daripada karat. Realitinya, komponen dalaman kad grafik terhakis dan menyebabkan ia lebih mudah berkarat kemudian mendorong kepada kerosakan sepenuhnya.

Sumber Gambar: Twitter

Malah, ia boleh menyebabkan kerosakan pada komponen komputer yang lain apabila kad grafik ini dipasang pada komputer tanpa diketahui oleh pembeli. Oleh itu, anda diingatkan untuk tidak termakan dengan tawaran kad grafik yang berharga terlalu rendah kerana berpotensi ia hasil daripada melombong kripto.

Sumber