Bitcoin merupakan sebuah kriptowang popular dan turut menjadi pilihan aset digital simpan orang ramai berikutan harganya yang dilihat semakin meningkat. Walaupun ia dianggap sebagai sebuah medium pembayaran digital utama pada masa kelak, masih timbul kemusykilan terhadap penggunaannya oleh para intelektual.

Terbaharu, Eswar Prasad, selaku profesor dasar perdagangan antarabangsa dari Universiti Cornel memberi amaran kriptowang paling popular ini boleh hilang secara tiba-tiba dalam masa terdekat. Hal ini kerana terdapat beberapa masalah yang dilihat pada teknologi yang dipakai oleh kriptowang berasaskan Bitcoin pada hari ini.

Sumber Gambar: Wikimedia commons

Menerusi temu ramah bersama CNBN, beliau memaklumkan bahawa ketidakbolehan Bitcoin sebagai fasiliti pertukaran dalam bentuk pembayaran menjadi sebab utama. Selain itu, teknologi blockchain Bitcoin yang sukar diskala membuatkan Bitcoin dilihat kurang efisien.

Malah, nilai Bitcoin juga memperlihatkan penurunan yang drastik serta tidak menentu kebelakangan ini membuatkan ia sangat sukar mencapai kestabilan kewangan yang sepatutnya. Sebahagian kriptowang baharu sudah menggunakan teknologi blockchain baharu dilihat lebih efisien dan lebih mesra alam daripada Bitcoin.

Namun begitu, ahli ekonomi ini masih percaya dengan masa hadapan blockchain yang mempunyai pelbagai manfaat yang boleh didapati menerusinya seperti membuat pembayaran dalam urusan seharian. Setakat ini, beliau cuma masih ragu-ragu dengan prestasi Bitcoin sebagai mata wang sendiri.

Sementara itu, tahukah anda Malaysia sendiri sudah mempunyai beberapa buah mesin ATM Bitcoin yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai?

Sudah Mulai Ditawarkan Di Malaysia, Ketahui 3 Kelebihan ATM Bitcoin Buat Para Pengguna

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Melombong Bitcoin Dijalankan Dalam Mendapatkan Ganjaran