Sejak terdapat laporan kes kegiatan mencuri elektrik untuk melombong kriptowang di dalam beberapa tahun lepas, pihak Tenaga Nasional telah mencadangkan untuk mempertimbangkan nilai tarif khas untuk aktiviti berkenaan.

Suruhanjaya Tenaga bagaimanapun kini telah memilih untuk tidak pertimbangkan sebarang nilai tarif khas bagi aktiviti melombong kriptowang. Selain mereka ingin mengelak sebarang diskriminasi antara pengguna, ia juga menjadi suatu permulaan kepada sektor lain turut memohon nilai tarif khas sedemikian.

Sumber Gambar: MARCA

Sehingga ke hari ini, pelbagai permohonan sedia diterima Suruhanjaya Tenaga dalam menetapkan nilai tarif khas termasuk dari industri pengangkutan dan juga pertanian. Namun sehingga kini masih belum dipertimbangkan.

Meskipun begitu, sebarang aktiviti mencuri tenaga elektrik akan terus diambil tindakan termasuklah oleh pelombong-pelombong kriptowang. Kegiatan mencuri tenaga elektrik sememangnya boleh memberi kesan kepada pengguna lain malahan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara di Rusia, kerajaan mereka mahu mengharamkan penggunaan kriptowang sebagai medium pembayaran.

Rusia Mahu Haramkan Penggunaan Kriptowang Sebagai Medium Pembayaran

Dianggap Tidak Sesuai, Malaysia Tolak Penggunaan Kriptowang Secara Sah Untuk Medium Pembayaran