Google Maps sentiasa berguna apabila anda berada di kawasan baharu. Terdapat sebuah ciri menarik dikenali sebagai Google Maps Offline yang boleh digunakan sekiranya merancang ke kawasan yang kebarangkalian mempunyai ketiadaan liputan internet.

Menerusi fungsi ini, anda boleh memuat turun peta untuk kegunaan tanpa sambungan internet pada peranti. Sebaik sahaja anda memuat turun peta, anda akan dapat mencari dan mendapatkan arah tanpa sambungan internet dengan peta ini. Berikut merupakan cara menggunakan Google Maps Offline yang tersedia pada aplikasi tersebut.

1. Pertama sekali, anda perlu masuk ke aplikasi Google Maps dan klik pada gambar profil yang terletak di bahagian carian.

google maps offline
Sumber Gambar: Aplikasi Google Maps

2. Kemudian, tekan pada menu Offline Maps.

google maps offline
Sumber Gambar: Aplikasi Google Maps

3. Lalu, pilih pula menu Select Your Own Map.

google maps offline
Sumber Gambar: aplikasi Google Maps

4. Seterusnya, pada paparan berikut anda boleh pilih peta kawasan yang ingin dimuat turun untuk digunakan secara offline nanti. Saiz fail muat turun peta akan bergantung pada kebesaran liputan kawasan yang ingin dituju.

Sumber Gambar: aplikasi Google Maps

5. Akhir sekali, anda hanya perlu klik pada Download Now untuk memuat turun bagi menyimpannya pada storan peranti.

Sumber Gambar: aplikasi Google Maps

Untuk makluman, peta yang telah dimuat turun perlu dikemas kini dalam tempoh 15 hari sebelum ia tiba pada tarikh luput. Jadi, Google Maps akan mengemas kini peta yang disimpan secara automatik apabila disambungkan pada WiFi. Anda juga masih boleh menggunakan peta offline ini walaupun terdapat sambungan internet mudah alih ketika membuka aplikasi lain.

Secara asasnya, peta yang telah dimuat turun akan disimpan pada storan dalaman peranti anda. Namun begitu, anda juga boleh menjimatkan ruang dengan menyimpan peta-peta ini pada mikro SD yang terdapat pada peranti yang hanya eksklusif pada Android 6.0 dan ke atas sahaja.

Dengan adanya fungsi Google Maps Offline dapat memudahkan anda meneruskan perjalanan dengan lebih yakin tanpa perlu risau akan ketiadaan liputan pada sesebuah kawasan. Malah, anda boleh menyimpan sejumlah peta sebagai persediaan sebelum perjalanan untuk penjimatan bateri juga.

Selain menggunakan peta tanpa sambungan internet, anda juga perlu mengetahui cara berkongsi koordinat sebenar apabila berlaku kecemasan.

Ini 3 Cara Untuk Anda Kongsi Koordinat Sebenar Sekiranya Berlaku Kecemasan

Portal Khas JKR Mudahkan Semakan Secara Langsung Status Terkini Laluan Jalan Raya