Perkhidmatan Voice over WiFi ( VoWiFi) atau lebih dikenali sebagai WiFi Calling yang memungkinkan pengguna untuk menggunakan telefon pintar yang menyokong VoWifi untuk membuat panggilan menerusi sambungan WiFi tersedia. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui cara aktifkan fungsi WiFi Calling pada peranti yang sedang dipakai.

Menerusi akaun TikTok @bossadrian_derisogadget, beliau telah berkongsi cara mengaktifkan fungsi WiFi Calling pada telefon pintar sama ada Android atau iOS yang boleh digunakan ketika berada di kawasan yang tiada liputan. Mari kita pelajari dengan mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan seperti di bawah.

Cara aktifkan fungsi WiFi Calling di Android

1. Mula-mula, anda perlu pada bahagian Settings untuk mengakses tetapan fungsi WiFi Calling yang tersedia.

2. Kemudian, tekan pada bahagian Connections pula untuk membuat perubahan pada tetapan tersebut.

cara aktifkan wifi calling
Sumber Gambar: TikTok

3. Pada senarai Connections tersebut, klik pada bahagian Wi-Fi Calling untuk aktifkan fungsi tersebut. Sementara itu, sebahagian peranti Android mungkin memaparkan frasa Mobile data yang mana merupakan fungsi yang sama juga.

Sumber Gambar: TikTok

Cara aktifkan fungsi WiFi Calling di iOS

1. Pertama sekali, anda pergi pada bahagian Settings dan klik padanya.

2. Selepas itu, anda cari frasa Phone pada senarai tetapan yang dipaparkan.

Sumber Gambar: Tiktok

3. Langkah selanjutnya, anda perlu klik pada fungsi Wi-Fi Calling yang disenaraikan pada tetapan itu.

cara aktifkan wifi calling
Sumber Gambar: Tiktok

4. Akhir sekali, anda hanya tekan pada Wi-Fi Calling on This iPhone dan klik Enable untuk membolehkan fungsi tersebut diaktfikan bagi penggunaan kelak.

Sumber Gambar: Tiktok

Perlu diingatkan bahawa fungsi ini hanya boleh digunakan pada peranti yang mempunyai kemas kini Android 6.0 dan ke atas sahaja, Sementara di iOS pula, hanya model iPhone 5c dan ke atas yang berkemampuan berbuat sedemikian. Selain itu, ciri ini mesti disokong oleh operator mudah alih serta penawaran pelan yang digunakannya.

@bossadrian_derisogadget

Takde line pun boleh call #tiktokmalaysia #foryoupage #gadgetstouse #gadgetlover #learnontiktok #tiktokguru #jombelajar #smartphonehack #androidhacks #iphonetricks #wificalling

♬ Janji Manis – Masdo

Antara kelebihan VoWiFi adalah membuat panggilan dengan menggunakan WiFi walaupun tiada liputan. Malah, kualiti panggilan lebih baik di dalam bangunan dengan bersambung ke WiFi. VoWiFi juga dapat membuat panggilan tempatan sewaktu anda berada di luar negara yang mana dapat menjimatkan kos perayauan panggilan antarabangsa.

Walaubagaimanapun, Maxis telah menyatakan bahawa sokongan VoWiFi tidak terdapat apabila anda di dalam perayauan antarabangsa. Selepas ini, anda tidak perlu risau lagi akan masalah untuk membuat panggilan selagi masih terdapat sambung WiFi berdekatan anda.

Selain itu, anda juga perlu mempelajari cara menggunakan Google Maps secara offline bagi kawasan yang tiada liputan.

Ini Caranya Menggunakan Google Maps Secara Offline Bagi Kawasan Yang Tiada Liputan Internet

Ini 3 Cara Untuk Anda Kongsi Koordinat Sebenar Sekiranya Berlaku Kecemasan