Di dalam kemelut bencana banjir pada saat ini, Jabatan Kerja Raya kini telah menyediakan sebuah portal khas bagi memudahkan para pengguna menyemak keadaan semasa jalan raya di kawasan yang terkesan menerusi Laman Pengurusan Bencana JKR.

Menerusi laman rasmi khas ini, pengguna boleh melihat setiap maklumat secara terperinci secara langsung di kawasan berkaitan termasuklah banjir, cerun runtuh, jalan mendap, jalan runtuh dan juga jambatan yang rosak atau runtuh. Laman khas ini sentiasa dikemaskini bersama status serta gambar keadaan jalan raya di suatu lokasi.

Sumber Gambar: Laman rasmi pengurusan bencana JKR

Para pengguna turut boleh memeriksa jika kalau sesebuah laluan itu masih boleh digunakan untuk perjalanan atau sebaliknya. Selain itu, anda juga boleh membuat tapisan berdasarkan jenis bencana atau negeri untuk melihat dengan lebih dekat keadaan di sesuatu lokasi.

Oleh itu, anda bolehlah melakukan rujukan menerusi laman khas JKR ini terlebih dahulu untuk mengetahui status terkini serta perancangan perjalanan yang lancar pada ketika ini. Selain buat semakan, anda turut boleh mengetahui berita semasa mengenai jangkaan cuaca buruk di kawasan-kawasan tertentu.

Antara usaha yang dilakukan oleh netizen dalam meningkatkan capaian bantuan termasuklah penggunaan hashtag #DaruratBanjir di Twitter ketika ini.

https://www.thevocket.com/terperangkap-dan-mahu-tingkatkan-capaian-bantuan-netizen-lancarkan-daruratbanjir-di-twitter/

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

Sumber