Penghasilan suatu video yang baik bukan hanya bergantung pada jenis kamera ataupun efek sinematik sahaja, bahkan color grading juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan lagi penceritaan. Pelbagai pilihan warna yang boleh digunakan mengikut kesesuaian video. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara color grading dengan betul pada video yang dihasilkan.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @mtasacademy, pihak MTAS academy telah mengajar cara color grading dengan betul dalam suatu penghasilan produksi video. Penggunaan warna yang betul bakal memberikan hasil akhir video yang lebih hidup dan menarik untuk ditonton oleh umum.

langkah color grading dengan betul
Sumber Gambar: Youtube

Color grading merupakan suatu proses di mana anda menukar elemen visual dan stail pada video yang dihasilkan mengikut citarasa tersendiri. Penonton juga lebih mudah untuk memahami suatu babak atau situasi dengan bantuan visual penceritaan menerusi aplikasi color grading. Warna yang dipamerkan pada suatu babak juga dapat menimbulkan spesifik emosi kepada penonton.

Langkah yang perlu dibuat sebelum menghasilkan color grading pada video anda

1. Mengenal pasti tema, genre dan mood video anda
Sumber Gambar: Pinterest

Pertama sekali, anda perlu meneliti terlebih dahulu berkaitan tema, genre dan mood yang ingin ditampilkan pada video anda. Setiap penceritaan pasti mempunyai berlainan senario serta warna dan tona yang digunakan untuk memastikan ianya lebih realistik dan dapat memastikan mesej berjaya disampaikan menerusinya.

Setelah anda mengenal pasti ketiga-tiga elemen tersebut, lalu buat semakan daripada sebarang filem yang memenuhi kriteria berikut. Filem yang dipilih haruslah memenuhi kriteria yang anda inginkan pada produksi video berkenaan.

2. Dapatkan rujukan filem
Sumber Gambar: Indiewire

Selepas itu, anda perlu mendapatkan sejumlah sample filem yang menepati konsep cerita anda ingin hasilkan. Setelah meneliti kesemua filem yang berkaitan, anda perlu memilih filem yang benar-benar dekat dengan idea penceritaan anda kelak dan barulah boleh dijadikan rujukan.

Menerusi rujukan filem tersebut, anda sudah boleh mendapat sedikit sebanyak idea tentang warna yang bersesuaian untuk dipakai ataupun boleh ditiru terus pada video anda nanti.

3. Hasilkan mood board
langkah color grading dengan betul
Sumber Gambar: StudioBinder

Seterusnya, anda perlu menghasilkan mood board. Mood board sangat berguna kerana ianya merupakan satu panduan yang mengandungi palet warna, elemen visual dan sebagainya bagi keseluruhan filem atau video. Maka, anda boleh membuat rujukan secara terperinci dalam memastikan semua babak mengikut elemen yang ditetapkan.

Moon board boleh dibuat dengan mengumpul sejumlah gambar daripada babak filem atau bahan berkaitan yang digabungkan pada satu tempat untuk menambah idea sewaktu proses penghasilan video. Hal ini sekaligus dapat memberikan gambaran yang lebih terperinci pada babak yang ingin dihasilkan.

4. Art direction dan lighting
langkah color grading dengan betul
Sumber Gambar: ICV Digital Media

Selain daripada itu, anda turut perlu memilih art direction dan lighting yang bertepatan dengan tona dan rupa video yang anda mahukan. Art direction yang dipilih daripada rujukan filem tersebut merangkumi pakaian, prop dan set lokasi yang digunakan sepanjang penceritaan.

Pelbagai teknik pencahayaan yang boleh mempengaruhi mood suatu babak yang ditayangkan. Penggunaan pencahayaan yang betul akan tampak realistik dan lebih harmoni pada video yang terhasil. Terdapat sejumlah jenis lampu untuk pengambaran yang juga mempunyai fungsi tersendiri yang perlu anda ketahui.

5. Setting kamera yang terbaik
cara color grading dengan betul
Sumber Gambar: Youtube

Tetapan kamera yang terbaik juga merupakan salah satu langkah yang penting di dalam proses color grading. Ditambah pula, pemilihan tetapan kamera yang bersesuaian dapat memudahkan anda membuat suntingan untuk stail dan tona yang ingin ditampilkan. Tetapan yang dimaksudkan adalah merangkumi format video, exposure, ISO dan sebagainya.

Sebaiknya, anda menggunakan mod manual sewaktu sesi rakaman kerana ianya lebih mudah mendapatkan hasil video yang baik. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan boleh meneruskan pengambaran pada babak berikutnya pula.

6. Color correction
cara color grading dengan betul
Sumber Gambar: Rocketstock

Akhir sekali, anda hanya perlu membuat pembetulan warna pada video berkenaan. Kebiasaannya video yang diambil mungkin terdapat warna yang tidak sekata ataupun tidak menepati dengan kehendak anda. Jadi, dengan melakukan beberapa pembetulan warna sewaktu pasca produksi dapat memastikan keseluruhan video mempunyai tona dan stail yang sekata sahaja.

Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk melakukan pembetulan warna pada video seperti Vegas Pro, Adobe Premier CC, Davinci Resolve dan lain-lain lagi. Perisian ini juga dilengkapi dengan sejumlah fungsi yang canggih di mana ianya dapat membuat suntingan dengan terperinci dalam mendapatkan hasil akhir video yang lebih baik.

@mtasacademy

Nak blajar lg byk psl cara nak buat color grading, boleh ke website mtasflix.podia.com #colorgrading #tutorial #editing #fypシ #videomaking

♬ original sound – mtasacademy – mtasacademy

Selepas habis melakukan pembetulan warna, barulah anda melakukan color grading pula pada video tersebut. Di fasa ini, anda sudah boleh mengimplemen color grading berdasarkan filem rujukan yang dipilih. Dengan mengetahui cara color grading dengan betul, hasil video anda akan tampak profesional malah boleh menarik minat ramai orang untuk menontonnya.

Ketahui vlog setup bawah RM70 dalam menghasilkan konten video seperti profesional.

Tip ‘Vlog Setup’ Bawah RM70 Untuk Hasilkan Konten Video Seperti Profesional

5 Peralatan Fotografi Bawah RM200 Yang Boleh Anda Dapatkan Untuk Hasilkan Studio Mini