Pasaran telefon pintar menyaksikan pelbagai syarikat gergasi telefon pintar bekerjasama dengan pengeluar kamera. Nokia muncul sebagai syarikat telefon pertama bekerjasama dengan syarikat jenama lensa iaitu Zeiss yang turut bersaing dengan Sony Ericsson menerusi teknologi Cyber-Shot.

Trend kerjasama antara syarikat telefon pintar bersama syarikat lensa dilihat senyap untuk tempoh yang panjang sebelum Huawei mengumumkan kerjasama dengan Leica.

Segalanya menjadi sejarah buat Huawei setelah berjaya menarik perhatian ramai untuk mendapatkan telefon pintar keluaran mereka. Trend ini seterusnya telah diikuti oleh syarikat Vivo dan OnePlus. Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda mengapa syarikat telefon pintar sangat aktif dalam bekerjasama dengan syarikat kamera dan lensa.

1. Mendapatkan teknologi baharu
In this photo illustration a screenshot from Apple’s launch
Sumber Gambar: Arstehnica

Antara faktor penyumbang syarikat pembuat telefon pintar sangat aktif untuk bekerjasama dengan pembuat kamera ialah bagi mendapatkan teknologi baru. Kamera telefon pintar masih mempunyai fungsi yang terhad.

Kerjasama kedua belah pihak dapat menghasilkan inovasi sensor atau lensa yang baru untuk di pasaran seperti kerjasama Apple dan Sony untuk teknologi LiDAR.

2. Memberi pengalaman mengambil gambar seperti jurugambar profesional

vivo-X60-ZEISS-Biostar-Portrait

Selain itu, syarikat pembuatan telefon pintar juga dilihat sangat kompetitif dalam memberi pengalaman mengambil gambar dan merakam seperti jurugambar professional. Hasil daripada kerjasama boleh menghasilkan gambar dengan lebih cantik, merakam video sehingga resolusi 8K dan kemampuan zoom sehingga 100X.

3. Menjadi daya tarikan buat pembeli
Vocket-Syarikat-Smartphone-Ghairah-Samsung-1
Samsung dilaporkan mungkin menjalin kerjasama dengan Olympus. Sumber Gambar: TechRadar

Kolabarasi antara dua jenama besar dapat menjadi daya tarikan pemasaran bagi kedua belah pihak.  Secara tidak lansung syarikat daripada kedua-dua belah pihak boleh menggunakan perhatian yang diberikan bagi mempromosikan jenama mereka serta mendapatkan hasil jualan yang tinggi.

Namun, tidak semua kolabarasi mendapat respon yang baik daripada para pengguna sendiri. Terbaharu, kolaborasi antara OnePlus 9 dan Hasselblad telah dibidas kerana gambar yang dihasilkan hanyalah biasa – biasa sahaja dan dianggap gimik pemasaran sahaja.

Baru – baru ini Samsung telah menawarkan produk terbaru di Malaysia iaitu Samsung Galaxy SmartTag+ bermula dengan harga RM109.

Samsung Galaxy SmartTag+ Sedia Ditawarkan Di Malaysia Bermula Dengan Harga RM109

Samsung Galaxy A32, Telefon Pintar Mampu Milik Melengkapi Kesemua Ciri Asas Pengguna