Pada April yang lalu, terdapat khabar angin yang dikaitkan dengan Samsung bersama syarikat Olympus tentang kolaborasi dalam pembuatan teknologi kamera pada peranti baharu mereka. Pada mulanya, kolaborasi tersebut kelihatan sangat logik kalau diikutkan pada ketika itu kerana sejumlah jenama pengeluar lain juga berbuat sedemikian.

Namun kini ianya sudah terjawab apabila pihak Olympus sendiri telah mengesahkan bahawa tiada sebarang kerjasama yang berlaku antara mereka dan Samsung setakat ini.

Sumber Gambar: Petapixel

Namun begitu, para netizen berpendapat hasil kerjasama antara syarikat telefon pintar dan syarikat pengeluar kamera berpeluang membuka potensi baru dalam mendapatkan kualiti kamera yang lebih berkuasa daripada yang sedia ada.

Menariknya, Samsung masih mampu menghasilkan teknologi kamera yang cukup berkuasa tinggi mereka sendiri menerusi pengenalan sensor 200-megapixel ISOCELL HP1 baru-baru ini. Kemungkinan besar sensor ini bakal digunakan pada peranti flagship terbaharu mereka nanti.

Pada awal bulan ini, Samsung sudahpun melancarkan sensor kamera telefon pintar terbesar yang pertama di dunia.

Samsung Lancarkan Sensor Kamera Telefon Pintar 200-Megapixel Pertama Di Dunia

Samsung Mahu Hasilkan Kamera Dengan Sensor Sebesar 576 Megapixel Menjelang Tahun 2025

Sumber